Noraziah, Abdul Aziz (2007) PERLAKSANAAN PERKHIDMATAN PEMPAKEJAN MAKLUMAT PAKAR (PPMP) DI PUSAT SUMBER MAKLUMAT KHUSUS DI MALAYSIA. Other thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
![]() |
PDF
- Cover Image
Download (2MB) |
Abstract
Perkhidmatan pempakejan maklumat pakar (PPMP) ialah perkhidmatan penyebaran maklumat terpilih yang menumpukan perhatian kepada pemberian perkhidmatan kesedaran semasa kepada individu atau kumpulan tertentu dalam sesebuah jabatan ataupun organisasi. Kajian ini meninjau keadaan semasa perlaksanaan PPMP di pusat-pusat sumber maklumat khusus di Malaysia. Kajian ini juga melihat tahap keberkesanan perlaksanaan PPMP dan tahap masalah yang dihadapi dalam melaksanakan perkhidmatan ini. Selain daripada itu, kajian ini turut mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara keberkesanan perlaksanaan PPMP dengan faktor organisasi dan faktor pustakawan. Data kualitatif dan kuantitatif dikumpul melalui penghantaran soal selidik, sesi temu bual dan pemerhatian ke atas 168 buah pusat sumber maklumat khusus yang melaksanakan perkhidmatan ini. Pengumpulan dan analisis data bertujuan untuk mengkaji latar belakang serta kaedah perlaksanaan perkhidmatan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan perkhidmatan ini. Faktor pustakawan meliputi faktor demografi, pengetahuan, kemahiran, ciri serta kefahaman kakitangan yang mengendali perkhidmatan tentang fungsi perlaksanaan PPMP. Faktor organisasi pula meliputi faktor sokongan pihak atasan, kakitangan serta penglibatan pihak pusat sumber maklumat khusus dalam sebarang aktiviti organisasi sama ada pada peringkat dalaman mahupun luaran. Keseluruhan hasil kajian ini mendapati tahap rendah (50.6%) perlaksanaan PPMP mengatasi tahap tinggi (49.4%) perlaksanaan perkhidmatan tersebut. Hasil kajian ini juga meliputi tahap perlaksanaan PPMP secara manual (52.4%), automasi spara (72%) dan automasi sepenuhnya (76.2%). Bagi tahap masalah perlaksanaan PPMP di pusat sumber maklumat khusus pula, hasil kajian ini menunjukkan taburan tahap masalah perlaksanaan PPMP secara keseluruhannya adalah tinggi (99.4%). Keputusan ini juga meliputi sub-masalah iaitu tahap masalah perlaksanaan (67.9%) dan masalah sambutan (94.6%). Walau bagaimanapun, tahap pengautomasian PPMP di pusat sumber maklumat khusus di Malaysia adalah rendah (64.9%). Keputusan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara keberkesanan perlaksanaan PPMP, dengan faktor-faktor pustakawan dan organisasi. Keputusan ini dapat dilihat daripada hasil analisis korelasi yang telah dibuat ke atas perkaitan tahap perlaksanaan PPMP dengan faktor pustakawan (0.192) dan faktor organisasi (0.151). Dapatan ujian persamaan regresi mengukuhkan lagi dapatan hasil pengujian korelasi di mana hasil analisis stepwise menunjukkan skor pekali penentuan (R2 diubahsuai) ciri [0.043 (-0.6268)] mengatasi lain-lain skor dalam sub-faktor pustakawan dan skor pekali penentuan (R2 diubahsuai) sokongan pihak atasan [0.069 (---0.6183)] mengatasi lain-lain skor dalam sub-faktor organisasi. Keputusan ini menunjukkan bahawa skor ciri dalam faktor pustakawan merupakan skor utama dan paling dominan sebanyak 4.3% manakala skor sokongan pihak atasan dalam faktor organisasi merupakan skor utama dan paling dominan sebanyak 6.9% dalam mempengaruhi keberkesanan perlaksanaan PPMP di pusat sumber maklumat khusus di Malaysia.
Item Type: | Thesis (Other) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | PERLAKSANAAN PERKHIDMATAN PEMPAKEJAN MAKLUMAT PAKAR (PPMP) DI PUSAT SUMBER MAKLUMAT KHUSUS DI MALAYSIA |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 29 Sep 2017 04:16 |
Last Modified: | 29 Sep 2017 04:16 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/654 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |