Nor Foniza, Maidin
(2012)
AMALAN ORGANISASI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH CEMERLANG: SATU KAJIAN KES.
Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abstract
Sekolah sebuah institusi formal yang melahirkan sumber manusia dan membangunkan modal insan seharusnya lengkap dengan pelbagai ilmu dan pendekatan pedagogi terkini supaya dapat bersaing dan terus kekal dalam pasaran. Kajian ini meneroka amalan organisasi pembelajaran yang melengkapkan warga guru dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan maklumat terkini bagi membolehkan mereka bertindak sejajar dengan perubahan pendidikan yang dinamik. Kajian ini merupakan kajian kualitatif pelbagai kes melibatkan empat buah sekolah menengah cemerlang di Selangor dan Wilayah Persekutuan berasaskan pensampelan bertujuan. Protokol temu bual separa berstruktur digunakan untuk meneroka amalan pengetua dan guru dalam meningkatkan ilmu, kemahiran dan mendapatkan maklumat terkini serta halangan dan cabaran yang dihadapi dalam membina organisasi pembelajaran. Temu bual secara mendalam dengan 28 orang responden yang terdiri daripada pengetua dan guru-guru dengan pelbagai latar belakang mendapati pengetua,guru dan budaya organisasi mcmainkan peranan penting bagi merealisasikan organisasi pembelajaran. Kajian ini juga mendapati terdapat pelbagai pemahaman terhadap keperluan pembelajaran dalam kalangan guru untuk rnencapai kecemerlangan yang berterusan. Namun, guru-guru akur akan keperluan meningkatkan ilmu dan kemahiran untuk mengembangkan potensi dan organisasi. Menghadiri kursus, seminar, program pembangunan staf, perbincangan, dialog, belajar dari kesilapan, pengalaman, refleksi, dokumen, lawatan penanda aras merupakan beberapa pembelajaran secara formal dan tidak formal yang berlaku pada peringkat individu dan pasukan di sekolah untuk meningkatkan kompetensi, laluan kerjaya dan melaksanakan tugas-tugas tertentu. Hasil kajian menunjukkan sikap individu dan iklim sekolah iaitu hubungan dan komunikasi mampu mendorong pembentukan organisasi pembelajaran. Di samping itu, sokongan pihak pengurusan dalam menggembleng pelbagai kebolehan dan kepakaran guru-guru dalam membuat keputusan secara kolaborasi membantu mencambahkan idea ke arah kecemerlangan sekolah. Sumbangan kajian mencakupi pemahaman tentang aktiviti pembelajaran dalam kalangan guru-guru pada peringkat individu, pasukan dan organisasi serta peranan pengetua untuk merealisasikan organisasi pembelajaran. Oleh yang demikian, pengetua perlu memahami peranan mereka dan pihak kementerian memberi kursus tentang kepimpinan pembelajaran serta pengurusan ilmu. Kesimpulannya, sekolah sebagai organisasi pembelajaran memerlukan pengetua mengurus dan melengkapkan sumber manusia dengan pelbagai ilmu dan kemahiran secara berterusan, membina kerja berpasukan dan visi bersama seiring dengan perubahan pendidikan serta menghasilkan transformasi yang mampu melestarikan kecemerlangan.
Actions (login required)
 |
View Item |