IAB Institutional Repository

AMALAN-AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEPANG

Norhayati, Ab Wahab (2009) AMALAN-AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEPANG. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (5MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk melihat tahap dan perubahan amalan yang disifatkan sebagai komuniti pembelajaran profesional (KPP) di sebuah sekolah menengah di Daerah Sepang. Di samping itu, kajian ini juga melihat faktor-faktor yang menghalang pembentukan KPP di sekolah tersebut. Kajian deskriptif bukan eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan untuk mengutip data kuantitatif bertujuan melihat tahap KPP diamalkan dan perubahan amalan KPP. Kajian ini diperkukuhkan dengan data yang diperoleh daripada sumber soalan terbuka dalam soal selidik, untuk melihat faktor-faktor yang menghalang pembentukan KPP di sekolah berkenaan. Data diperoleh melalui instrumen berasaskan item-item daripada Professional Learning Community Assessment (PLCA) yang dibina oleh Hipp dan Huffman (2003), diubah suai dan digunakan oleh Zuraidah (dalam kajian yang sedang dijalankan). Analisis kajian rintis mendapati pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach .95. Dapatan kajian menunjukkan ciri-ciri KPP memang wujud di sekolah kajian. Semua ciri KPP wujud pada tahap tinggi dengan nilai skor min bagi dimensi antara 3.55 hingga 3.91. Seterusnya, guru-guru merasakan amalan-amalan positif ini bertambah baik dalam masa dua tahun kebelakang. Analisis data kualitatif mendapati faktor-faktor yang boleh menghalang pembentukan KPP ialah masa, kewangan, bebanan tugas guru, komunikasi, sokongan dan galakan pengetua dan pentadbir, Jurang perhubungan antara pentadbir dan guru, sikap guru dan jarak kedudukan guru yang terpisah.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: AMALAN-AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEPANG
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Oct 2017 01:59
Last Modified: 06 Oct 2017 01:59
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/687

Actions (login required)

View Item View Item