IAB Institutional Repository

KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KALANGAN PENDIDIK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM DAERAH KUBANG PASU

Zailani, Mamat (2000) KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KALANGAN PENDIDIK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM DAERAH KUBANG PASU. Other thesis, Universiti Utara Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kompetensi Teknologi Maklumat (IT) di kalangan Guru-guru Kanan Bidang dan Ketua Panitia di lima belas (15) buah sekolah menengah kebangsaan dalam daerah Kubang Pasu. Berdasarkan sorotan literatur faktor-faktor demografi, sikap dan latihan dijadikan angkubah bebas kajian, manakala angkubah bersandar kajian ialah tahap kompetensi IT. Pemilihan responden dilakukan secara persampelan berstrata. Sebanyak 270 soal selidik telah diedarkan kepada responden dan kesemuanya telah dijawab oleh responden. Analisis data dilakukan secara deskriptif dan inferensial. Analisis deskriptif menggunakan kaedah frekuensi, peratusan dan min untuk menggambarkan profil responden, sikap responden, latihan responden dan tahap semasa kompetensi IT responden. Manakala analisis inferensial digunakan untuk menguji hipoteis-hipetesis melalui ujian korelasi, ujian-t dan analisis varian sehala (ANOVA Sehala). Hasil ujian korelasi mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan dalam tahap kompetensi IT responden dengan faktor sikap dan faktor demografi (kelulusan akademik). Sikap responden adalah sangat positif terhadap teknologi maklumat dan bagi faktor kelulusan akademik didapati semakin tinggi kelulusan akademik responden semakin tinggi tahap kompetensi IT responden. Melalui ujian-t didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kompetensi IT antara guru yang pernah mengikuti latihan dengan yang tidak, begitu juga antara guru lelaki dengan guru perempuan. Dalam analisis varian sehala (ANOVA Sehala) pula didapati juga bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kompetensi IT antara responden mengikut faktor kelulusan akademik. Sebagai kesimpulan, penemuan di atas mendapati bahawa faktor demografi, faktor sikap dan faktor latihan mempengaruhi tahap kompetensi IT di kalangan guru. Hasil kajian ini bersesuaian dengan hasil-hasil kajian lalu. Berdasarkan kajian ini, pihak pengurusan pendidikan dicadangkan untuk mengkaji semula peluang-peluang dan rekabentuk latihan serta pembangunan kerjaya terutama kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kompetensi IT di kalangan guru bagi mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan bemaklumat misalnya melalui pelaksanaan Sekolah Bestari.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KALANGAN PENDIDIK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM DAERAH KUBANG PASU
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Oct 2017 02:17
Last Modified: 06 Oct 2017 02:17
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/692

Actions (login required)

View Item View Item