IAB Institutional Repository

TEKANAN KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN DI DAERAH KULIM BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN.

Mokhtar, Ahmad (1998) TEKANAN KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN DI DAERAH KULIM BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji aras tekanan kerja, faktor-faktor utama tekanan kerja, perbezaan di dalam aras tekanan kerja dan perbezaan di dalam faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja berdasarkan ciri demografi guru. Seramai 285 orang guru dari sekolah menengah kategori bandar di daerah Kulim Bandar Baharu mengambil bahagian di dalam kajian ini. Instrumen kajian diubahsuai dan diadaptasi daripada instrumen Teacher Stress Inventory oleh Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995) untuk memenuhi objektif dan situasi kajian ini. Soal selidik terdiri dari dua bahagian iaitu Bahagian A tentang ciri demografi dan Bahagian B mengenai faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja guru. Kaedah deskriptif min, frekuensi dan peratus, Regresi Berganda, Ujian t tidak bersandar dan Analisis Varians Satu Hala digunakan untuk menjawab objektif dan hipotesis kajian. Paras keertian kajian ditetapkan pada a = 0.05. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan guru (66%) mengalami aras tekanan kerja sederhana, 17.5% guru mengalami aras tekanan kerja tinggi dan 16.5% mengalami aras tekanan kerja rendah. Regresi berganda menunjukkan kelima-lima faktor yang dikaji iaitu salah laku pelajar, beban tugas, kekangan masa dan sumber, perhubungan antara personal dan penghargaan sama-sama penting di dalam menyumbang kepada tekanan kerja guru. Perbezaan di dalam aras tekanan kerja wujud berdasarkan umur dan pengalaman mengajar responden, tetapi tiada perbezaan aras tekanan kerja yang signifikan wujud berdasarkan gred sekolah, jantina, kategori perkhidmatan, taraf perkahwinan, kelulusan iktisas, kelulusan akademik, pendapatan dan bidang mata pelajaran utama guru. Wujud perbezaan di dalam faktor salah laku pelajar, di antara jantina, umur, pengalaman mengajar dan kelulusan iktisas guru. Perbezaan wujud bagi faktor beban tugas berdasarkan umur responden. Bagi faktor kekangan masa dan sumber, perbezaan yang signifikan wujud berdasarkan kategori perkhidmatan, umur dan pengalaman mengajar guru. Perbezaan yang bererti juga wujud di dalam faktor perhubungan antara personal di antara gred sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: TEKANAN KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN DI DAERAH KULIM BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Oct 2017 02:21
Last Modified: 06 Oct 2017 02:21
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/697

Actions (login required)

View Item View Item