IAB Institutional Repository

MASALAH-MASALAH FASA IMPLEMENTASI PROJEK PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH: KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (1993-1994)

Rosyati, Kamaluddin (1995) MASALAH-MASALAH FASA IMPLEMENTASI PROJEK PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH: KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (1993-1994). Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF - Submitted Version
Download (4MB)

Abstract

Kajian ini adalah mengenai pandangan dan pengalaman guru-guru pusat sumber Sekolan Menengah Sultan SaIahuddin Abdul Aziz Shah Aiam berkaitan dengan masalah-masalah yang timbut dan aliran-aliran kerja yang sukar dilaksanakan oleh mereka pada fasa impIementasi projek pengautomasian pusat sumber tersebut pada tahun 1993 dan 1994. Tumpuan kajilidikan ini adalah pada empat peringkat kerja fasa implementasi projek pengautomasIan pusat sumber tersebut iaitu peringkat ‘data transcription', 'data verifIcafion', 'data entry' dan proses teknik semula koleksi pusat sumber. Hasil kajian menunjukkan terdapat sepuluh masalah utama yang timbul pada fasa implementasi projek tersebut iaitu masalah perkakasan komputer, masalah perisian SISPUKOM-SUTERA., masalah ruangan kerja, masalah tenaga kerja, kekurangan program latihan pengautomasian, kekurangan sumber data projek, kekurangan sistem dokumentasi projek, kelemahan pihak pengurus dan kelemahan perancangan. Hasil kajian juga telah dapat mengenal pasti aliran-aliran kerja yang sukar dilaksanakan oleh guru-guru pusat sumber pada tiap-tiap peringkat fasa implementasI projek tersebut. Tiga aliran kerja yang sukar dilaksanakan oleh mereka pada peringkat 'data transcription' ialah kerja-kerja mengisi borang butiran pengkatalogan, perolehan dan penyenggaraan fail kawalan. Pada peringkat 'data verification' pula aliran-aliran kerja yang sukar dilaksanakan ialah kerja-kerja menyemak semula borang butiran pengkatalogan, perolehan dan penyenggaraan fail kawalan. Aliran-aliran kerja yang sukar dilaksanakan pada peringkat 'data entry' ialah kerja-kerja menginput data butiran-butiran pengkatalogan, perolehan koleksi pusat sumber dan penyenggaraan fail kawalan. Manakala aliran-aliran kerja yang sukar diaksanakan pada peringkat proses teknik semula koleksi pusat sumber ialah kerja-kerja memproses semula bahan bercetak dan bukan bercetak pusat sumber. Hasil ujian korelasi Pearson's r menunjukkan terdapat hubungan faktor masalah tenaga kerja dengan kesukaran guru-guru pusat sumber melaksanakan peringkat kerja 'data transcription'. Kekurangan sistem dokumentasi pengautomasian mempengaruhi kesukaran melaksanakan kerja-kerja pada peringkat `data verification'. Faktor yang mempengaruhi kesukaran meIaksanakan peringkat 'data entry' ialah faktor kekurangan perisian SISPUKOM-SUTERA dan masalah perkakasan komputer. Kajilidikan ini juga membuktikan faktor yang mempengaruhi kesukaran melaksanakan peringkat proses teknik semula koleksi pusat sumber ialah kelemahan sumber data projek.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: MASALAH-MASALAH FASA IMPLEMENTASI PROJEK PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH: KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (1993-1994)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources > ZA4450 Databases
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Oct 2017 02:27
Last Modified: 06 Oct 2017 02:27
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/703

Actions (login required)

View Item View Item