IAB Institutional Repository

TAHAP STRES DAN PUNCA-PUNCA STRES DI KALANGAN PENIAGA-PENIAGA DI KOTA BHARU, KELANTAN.

Mohd Zufri, Yazid (1998) TAHAP STRES DAN PUNCA-PUNCA STRES DI KALANGAN PENIAGA-PENIAGA DI KOTA BHARU, KELANTAN. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan bertujuan untuk mengenalpasti tahap stres dan punca-punca stres di kalangan peniaga-peniaga di Kota Bharu, Kelantan. Seramai 120 orang peniaga telah dipilih secara persampelan sistematik. Keputusan kajian menunjukkan bahawa 95% daripada peniaga di Kota Bharu berada pada tahap stres sederhana tinggi dan 5% pula berada pada tahap stres normal. Melalui Ujian Korelasi Pearson didapati hubungan antara punca stres dengan stres adalah positif tetapi lemah. Ujian simetrik lamda menunjukkan bahawa hubungan punca stres dengan stres di kalangan peniaga dipengaruhi oleh faktor yang lain (faktor ketiga). Tujuh faktor latar belakang yang dominan iaitu faktor bangsa, status perkahwinan, jantina, dorongan, jenis perniagaan dan tempat perniagaan dikenalpasti sebagai mempengaruhi hubungan antara faktor punca stres dengan stres. Hubungan antara punca sires dengan stres pada keseluruhannya adalah signifikan dengan nilai alpha lebih kecil daripada 0.05. Faktor punca stres menunjukkan hubungan yang kuat dan signifikan yang dipengaruhi oleh faktor-faktor latar belakang ialah faktor tanggapan, pengurusan, kewangan, hubungan interpersonal, persaingan, bekalan, motivasi kendiri, pemasaran, sokongan sosial dan pengangkutan. Selain daripada faktor-faktor punca tersebut, kajian juga menunjukkan bahawa faktor jenis personaliti memberi sumbangan sebagai punca stres. Walupun tahap stres adalah sederhana tinggi di kalangan peniaga di Kota Bharu, Kelantan namun langkah-langkah pengawalan daripada kalangan peniaga dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung adalah diperlukan untuk mengawal agar tahapnya tidak meningkat dan menjejaskan peniaga-peniaga dan ekonomi negara.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: TAHAP STRES DAN PUNCA-PUNCA STRES DI KALANGAN PENIAGA-PENIAGA DI KOTA BHARU, KELANTAN
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 02 Apr 2018 01:56
Last Modified: 02 Apr 2018 01:56
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/719

Actions (login required)

View Item View Item