IAB Institutional Repository

HUBUNGAN DI ANTARA TEKANAN KERJA (DENGAN BURNOUT)

Jamaludin, Ahmad (1998) HUBUNGAN DI ANTARA TEKANAN KERJA (DENGAN BURNOUT). Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap tekanan kerja , tahap burnout dan korelasi di antara kedua-dua pembolehubah tersebut di kalangan seramai 69 orang pemandu lori di Syarikat Intergrated Shipping and Forwarding Company yang beribu pejabat di Pelabuhan Kiang, Selangor. Lima faktor utama tekanan kerja diukur dengan menggunakan Indek Tekanan Kerja (ITK) manakala tahap burnout diukur dengan menggunakan Inventori Burnout Maslach (IBM). Korelasi di antara faktor-faktor tekanan kerja dengan dimensi-dimensi sub-skala pada burnout didapati melalui Ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tahap tekanan kerja yang sederhana dialami oleh responden sementara burnout pula berada di tahap yang rendah. Dapatan juga menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan pada tahap yang lemah di antara tekanan kerja dengan burnout. Ini bermaksud tekanan kerja yang sederhana telah menyebabkan pemandu lori mengalami burnout yang rendah. Kajian ini hanya melihat tahap tekanan kerja, tahap burnout dan korelasi antara keduanya. Untuk kajian akan datang, adalah dicadangkan supaya kajian-kajian yang melihat kesan dan akibat dari burnout yang terhasil dari pelbagai faktor tekanan kerja di kalangan pemandu lori dijalankan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: HUBUNGAN DI ANTARA TEKANAN KERJA (DENGAN BURNOUT)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 02 Apr 2018 04:46
Last Modified: 02 Apr 2018 04:46
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/726

Actions (login required)

View Item View Item