Jamaluddin, Mohd. Said
(1996)
PUNCA-PUNCA STRES KERJA DI KALANGAN JURURAWAT DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM.
Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca stres kerja di kalangan jururawat di HSAJB. Terdapat 8 punca stres kerja iaitu Faktor Intrinsik Kerja, Faktor Peranan dalara Organisasi, Faktor Iklim clan Struktur Organisasi, Faktor Perkembangan Kerjaya, Faktor Luaran, Faktor Hubungan Interpersonal, Faktor Persepsi Kendiri dan Faktor Jenis Personaliti Seramai 200 orang jururawat terlatih telah dipilih secara rawak mudah untuk menjawab soal selidik yang telah dibentuk untuk kajian ini. Melalui keputusan kajian yang diperolehi, didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap stres kerja jururawat di ketiga-tiga jabatan HSAJB pada aras signifikan 0.05. Keputusan ini diperolehi melalui Ujian Anova Sehala. Kelapan-lapan faktor punca stres kerja pula menunjukkan hubungan positif yang signifikan pada aras 0.01 ke atas tahap stres kerja jururawat HSAJB apabila diuji dengan Ujian Korelasi Pearson. Melalui Ujian Regresi Berganda pula, terdapat empat peramal faktor punca stres kerja yang dominan dalam sumbangannya terhadap stres kerja jururawat HSAJB. Keempat-empat faktor tersebut adalah Faktor Personaliti, Faktor Persepsi Kendiri, Faktor Luaran dan Faktor Perkembangan Kerjaya yang mempunyai hubungan yang signifikan pada aras 0.05 ke atas stres kerja. Kajian ini juga menunjukkan bahawa Faktor Jenis Personaliti menjadi penyumbang utama terhadap stres kerja di HSAJB. Pihak pengurusan HSAJB pula mengambil iktibar dari dapatan kajian ini. Program pengurusan stres perlu dirancang supaya ianya dapat membantu individu dan organisasi menangani stres kerja yang wujud di HSAJB.
Actions (login required)
 |
View Item |