Safar, Zainal (2000) HUBUNGAN ANTARA KERJA GILIRAN DENGAN KESEJAHTERAAN HIDUP DI KALANGAN JURURAWAT. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
![]() |
PDF
- Submitted Version
Download (4MB) |
Abstract
Kebanyakan masalah yang timbul di kalangan pekerja giliran berkisar di sekitar masalah fizikal, kesihatan, sosial dan hubungan keluarga. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada terdapat hubungan di antara kerja giliran dengan kesejahteraan hidup pekerja. Seramai 80 orang jururawat Hospital Daerah Kluang telah dipilih sebagai responden kajian. Kesejahteraan hidup pekerja dikaji daripada tiga aspek iaitu aspek kesihatan, aspek hubungan sosial dan keluarga, dan aspek peruntukan masa peribadi. Kaedah analisis Korelasi Momen Pearson digunakan untuk melihat hubungan di antara variabel bebas (kerja giliran) dengan variabel terikat (kesejahteraan hidup). Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kerja giliran dengan aspek kesejahteraan hidup yang dikaji. Dapatan juga menunjukkan bahawa aspek kualiti masa tidur mempunyai nilai korelasi yang tertinggi ( r = 0.701**, p = 0.01).
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | HUBUNGAN ANTARA KERJA GILIRAN DENGAN KESEJAHTERAAN HIDUP DI KALANGAN JURURAWAT |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 24 Apr 2018 06:50 |
Last Modified: | 24 Apr 2018 06:50 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/729 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |