IAB Institutional Repository

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI DAN TRANSAKSI DENGAN KEPUASAN KERJA DI BAHAGIAN KEJURURAWATAN HOSPITAL DAERAH MERSING, JOHOR.

Wee, Kok Cheng (2000) HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI DAN TRANSAKSI DENGAN KEPUASAN KERJA DI BAHAGIAN KEJURURAWATAN HOSPITAL DAERAH MERSING, JOHOR. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (4MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat persepsi jururawat dan pembantu jururawat mengenai gaya kepimpinan pemimpin terdekat di bahagian kejururawatan Hospital Daerah Mersing serta hubungan dan kesannya terhadap tahap kepuasan kerja para pengikutnya. Kaedah persampelan populasi digunakan memandangkan bilangan staf sasaran adalah kecil. Seramai 46 responden telah dipilih dan kadar pemulangan soalselidik yang diedarkan adalah 100%. Dua set soalselidik yang berlainan digunakan untuk memperoleh data, iaitu Soalselidik Kepimpinan Pelbagai Faktor dan Kajian Kepuasan Kerja. Analisis data kajian menggunakan statistik deskriptif yang terdiri dari peratus, min dan sisihan piawai. Statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah korelasi dan regresi berganda linear. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan yang positif dan signifikan di antara gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja. Terdapat dua dimensi kepemimpinan transformasi yang memberi sumbangan secara signifikan terhadap tahap kepuasan kerja di kalangan subjek kajian, iaitu dimensi karisma dan merangsang intelek. lni menunjukkan bahawa corak kepimpinan transformasi lebih memberi kepuasan kerja berbanding dengan gaya kepimpinan transaksi.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI DAN TRANSAKSI DENGAN KEPUASAN KERJA DI BAHAGIAN KEJURURAWATAN HOSPITAL DAERAH MERSING, JOHOR
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 24 Apr 2018 06:51
Last Modified: 24 Apr 2018 06:51
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/730

Actions (login required)

View Item View Item