Mohamad Hussin, Mohamad Yusof
(1998)
HUBUNGAN ANTARA KREATIVITI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK.
Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abstract
Kajian ini telah dijalankan untuk memeriksa kreativiti, membandingkan kreativiti lelaki dengan perempuan, membandingkan kreativiti lulusan Ijazah Perakaunan, Ijazah Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Ekonomi dengan lulusan ijazah lain serta mendapatkan perkaitan antara kreativiti dengan pencapaian akademik, umur dan tempoh pengalaman kerja. Metodologi kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif (analisis statistik). Aktiviti Ujian Pernikiran Kreatif Torrance (TTCT) dengan menggunakan 'Figural Form B' telah ditadbirkan. Ujian statistik yang terlibat ialah Ujian - t dan Pekali Korelasi Pearson (r). Statistik sampel juga digunakan bagi mendapatkan min dan sisihan piawai. Penemuan menunjukkan bahawa responden mampu untuk menghasilkan kreativiti yang balk tetapi maslh konvensional dan tidak dapat menghasilkan idea di luar jangkaan kerana rendah dari aspek keaslian. Penemuan juga rnenunjukkan bahawa lelaki lebih kreatif daripada perempuan, umur dan tempoh pengalaman kerja mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kreativiti, pencapaian akademik tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kreativiti, responden mempunyai kelulusan Ijazah Perakuanan, Ijazah Pentadbiran Pengurusan dan Ijazah Ekonomi kurang kreatif berbanding dengan kelulusan Ijazah lain seperti Geografi, TESL, Sastera, Sains Pertanian dan Sains.
Actions (login required)
 |
View Item |