Rossafri , Mohamad and Munindy , Balakrishnan
(2007)
MENTERJEMAHKAN KEPIMPINAN TEKNOLOGI BAGI MELAHIRKAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL YANG CEMERLANG.
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 17 (02).
pp. 91-103.
ISSN 1511-4147
Abstract
Kertas kerja ini adalah kertas konsep yang cuba melemparkan isu kepentingan kepimpinan teknologi. Ini kerana dalam usaha untuk meningkatkan gaya kepimpinan sekolah dan peningkatan akademik, kebanyakan pentadbiran lebih memberi tumpuan kepada kepimpinan instruksional. Namun demikian mengikut laporan daripada buku Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), kepimpinan tersebut tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (Instructional leadership) yang berkesan. Oleh itu berbagai langkah mula dipersiapkan untuk memperkasakan kepimpinan sekolah. Namun demikian ramai yang tidak memberi perhatian kepada kepimpinan teknologi yang mana sepatutnya bergerak seiring dengan kepimpinan instruksional. Tidak ramai pentadbir sekolah menyedari bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk merapatkan jurang digital dalam sistem pendidikan masa kini yang telah dilaksanakan sebelum Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) lagi seperti; i) Penubuhan Sekolah Bestari yang bermula pada tahun 1999, ii) Projek SchoolNet, iii) Projek Makmal Komputer, iv) TV Pendidikan, v) Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris, vi) mata pelajaran ICT untuk sekolah menengah dan ICTL di sekolah rendah, vii) latihan ICT untuk guru, viii) Projek Pengkomputeran Pengurusan, ix) Rangkaian KPMNet, x) Aplikasi Sistem Pentadbiran, xi) Aplikasi Pengurusan Pendidikan, xii) Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS), xiii) Sistem Pemantauan Perancangan Sekolah, xiv) Aplikasi Pendaftaran Peperiksaan Atas Talian dan , xv) Sistem Maklumat Murid (SMM). Apabila PIPP dilancarkan dengan peruntukan RMKe-9 sebanyak RM23 .198 billion dan pengagihannya kepada peningkatan teknologi sebanyak RM3 .293 billion, maka seharusnya semua pihak terutamanya kepimpinan sekolah menyedari dan memandang serius. Persoalan yang ingin dilemparkan ialah mampukah pihak pentadbir sekolah melestarikan PIPP ke arah sekolah yang cemerlang dengan gaya kepimpinan teknologi yang berkualiti supaya peruntukan yang dikeluarkan memberikan pulangan yang setimpal.
Actions (login required)
 |
View Item |