IAB Institutional Repository

KAJIAN PERSEPSI PESERTA TERHADAP PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI LUAR NEGARA - MONASH UNIVERSITY DAN WAIKATO UNIVERSITY

Wan Mohamed, Wan Azmiza and Alias, Abdul Razak and Che Ariff, Sarina and Othman, Latifah and Mohd Yusof, Norhaida (2010) KAJIAN PERSEPSI PESERTA TERHADAP PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI LUAR NEGARA - MONASH UNIVERSITY DAN WAIKATO UNIVERSITY. UNSPECIFIED. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (493kB) | Preview

Abstract

Pada tahun 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghantar seramai 40 orang pegawai untuk mengikuti latihan di Universiti Waikato dan Universiti Monash. Persediaan yang cukup dirasakan perlu demi melaksana dan menjayakan salah satu Teras PIPP, iaitu Teras 6. Aspek yang menjadi penekanan dalam kandungan kursus ini ialah kepimpinan dan pengurusan sekolah yang berautonomi. Institut Aminuddin Baki telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus latihan tersebut. Kajian ini bertujuan mengumpul maklumat dan pandangan pemimpin-pemimpin pelapis Sekolah Kluster Kecemerlangan yang mengikuti kursus jangka pendek Program Universiti Waikato dan Universiti Monash. Kajian ini berbentuk kualitatif. Teknik pengumpulan data melibatkan temu bual (kualitatif) dan analisis dokumen (kualitatif). Kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk menentukan peserta bagi temu bual. Sejumlah sembilan (9) orang peserta telah dipilih bagi sesi temu bual. Lima (5) orang daripada responden ini terdiri daripada kumpulan Guru Besar yang telah berkursus di Universiti Waikato, New Zealand; dan empat (4) orang responden lagi ialah kumpulan Pengetua yang mengikuti kursus di Universiti Monash, Australia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan mereka dalam program latihan ini bukan sahaja menjadikan mereka lebih berkeyakinan untuk mengurus dan memimpin sekolah tetapi juga telah membuka ruang pemikiran mereka untuk mengurus dan memimpin sekolah dengan lebih kreatif dan efektif. Pengalaman dan pendedahan yang dilalui peserta amat bermakna dan membantu mereka berfikir di luar kotak khususnya dalam konteks sebagai seorang pengurus dan pemimpin sekolah. Mereka berupaya untuk melakukan perubahan-perubahan positif di sekolah masing-masing. Kepimpinan dan pengurusan yang proaktif, kreatif dan inovatif ini akan menjamin berlakunya lonjakan kecemerlangan seperti yang diharapkan dalam sistem pendidikan di negara kita.

Item Type: Research Report
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 02 Apr 2018 04:44
Last Modified: 02 Apr 2018 04:44
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/748

Actions (login required)

View Item View Item