IAB Institutional Repository

Kajian Keberkesanan Latihan Jabatan Bahasa dan Komunikasi dalam Pelaksanaan Dasar MBMMBI di Sekolah

Mat Zizi, Ismail and Yong, Chee Ken (2013) Kajian Keberkesanan Latihan Jabatan Bahasa dan Komunikasi dalam Pelaksanaan Dasar MBMMBI di Sekolah. UNSPECIFIED.

[img] PDF
Download (2MB)

Abstract

Kajian ini melihat sejauh mana pemimpin sekolah mengaplikasikan input latihan bahasa Malaysia (BM) dan bahasa Inggeris (BI) daripada Jabatan Bahasa dan Komunikasi (JBK), serta sejauh mana input latihan BM dan BI JBK sesuai dalam pelaksanaan Dasar MBMMBI di sekolah. Keberkesanan input latihan BM dan BI JBK terhadap pelaksanaan Dasar MBMMBI di sekolah telah diteliti. Reka Bentuk Kajian: Kaedah campuran telah digunakan. Satu tinjauan berbentuk kuantitatif yang melibatkan 294 pemimpin sekolah dari lima (5) negeri telah dilaksanakan. Temu bual berbentuk kualitatif yang melibatkan sepuluh pemimpin dilakukan selain dijalankan juga pemerhatian berdasarkan senarai semak. Dapatan Kajian: Untuk input latihan BM, terdapat perubahan yang signifikan bagi pemimpin sekolah dalam mengaplikasikan 15 jenis input latihan sebelum dan selepas mengikuti kursus BM. Dalam temu bual, majoriti responden menyatakan bahawa kursus BM IAB dapat membantu pemimpin sekolah dalam memantapkan bahasa Malaysia sebagai a) alat perpaduan, b) bahasa perhubungan utama dan c) bahasa ilmu dalam kalangan warga sekolah. Daripada pemerhatian melalui senarai semak, sekolah yang diperhatikan telah mencapai tahap tinggi dalam pelaksanaan Dasar MBMMBI di sekolah. Untuk input latihan BI pula, terdapat perubahan yang signifikan juga bagi pemimpin sekolah dalam mengaplikasikan input latihan sebelum dan selepas mengikuti kursus BI. Melalui temu bual, majoriti pemimpin bersetuju bahawa kursus BI JBK dapat membantu pemimpin sekolah dalam a) mewujudkan budaya suka menggunakan bahasa Inggeris di sekolah, b) meningkatkan keyakinan diri murid menggunakan bahasa Inggeris, c) menggalakkan murid berkomunikasi secara lisan dengan baik, d) menggalakkan murid berkomunikasi secara bertulis dengan baik, dan e) membolehkan murid berkomunikasi dalam bahasa Inggeris untuk memenuhi hubungan sosial. Kesimpulan: Kursus-kursus BM dan BI yang dijalankan oleh JBK di IAB berkesan dalam membantu pelaksanaan Dasar MBMMBI di sekolah. Kursus-kursus tersebut telah berjaya meningkatkan kesedaran dan mengubah tingkah laku pemimpin sekolah menuju ke arah penambahbaikan sekolah serta membantu dalam pencapian matlamat pelaksanaan Dasar MBMMBI di sekolah. Pelbagai cadangan telah dikemukakan berdasarkan hasil kajian ini.

Item Type: Research Report
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 18 Jul 2018 01:15
Last Modified: 18 Jul 2018 01:15
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/774

Actions (login required)

View Item View Item