IAB Institutional Repository

KAJIAN TAHAP AMALAN GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN SELEPAS MENGHADIRI KURSUS MEMANTAU PENCAPAIAN MURID.

Wan Zakiah, Wan Omar and Hajar, Muhamad and Zauyati, Zainal Mohamed Alias and Wong, Kwai Cheng and Mastura, Ahmad and Nik Karimah, Nik Hassan (2014) KAJIAN TAHAP AMALAN GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN SELEPAS MENGHADIRI KURSUS MEMANTAU PENCAPAIAN MURID. UNSPECIFIED.

[img] PDF
Download (968kB)

Abstract

Kursus Memantau Pencapaian Murid (KMPM) bertujuan untuk meningkatkan ketrampilan pemimpin sekolah dalam aspek pengetahuan dan juga kemahiran mengenal pasti kelemahan murid. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan KMPM dalam kalangan pemimpin sekolah rendah seterusnya membuat pembetulan dan penambahbaikan yang sewajarnya. Kursus KMPM dihadiri seramai 216 orang pemimpin sekolah rendah. Namun hanya 110 orang peserta sahaja dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Soal selidik telah diguna sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan responden memberikan reaksi yang tinggi (min = 4.42, s.p. = 0.64) terhadap reka bentuk kursus dan penyampaian pensyarah. Secara keseluruhannya sebelum menghadiri KMPM, tahap pengetahuan dan pemahaman responden berada pada tahap sederhana (min = 3.40) dan meningkat ke tahap sangat tinggi (min = 4.41) selepas menghadiri kursus. Kemahiran kendiri responden sebelum menghadiri KMPM berada pada tahap sederhana (min = 3.40, s.p. = 0.69), dan meningkat ke tahap sangat tinggi (min = 4.40, s.p. = 0.50) selepas menghadiri kursus. Dapatan kajian menunjukkan antara kekuatan kursus adalah kandungan kursus yang menepati matlamat dan kaedah penyampaian ceramah jelas dan mudah difahami. Hasil kajian menunjukkan kursus ini telah dapat membantu pemimpin sekolah meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam pengurusan memantau pencapaian murid.

Item Type: Research Report
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 18 Jul 2018 07:17
Last Modified: 18 Jul 2018 07:17
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/776

Actions (login required)

View Item View Item