IAB Institutional Repository

PRESTASI KEWANGAN KOPERASI PEKEBUN KECIL,DAERAH SEGAMAT (KOPEDAS) SDN.BHD.

Ajman, Rakiman (1997) PRESTASI KEWANGAN KOPERASI PEKEBUN KECIL,DAERAH SEGAMAT (KOPEDAS) SDN.BHD. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] PDF - Submitted Version
Download (3MB)

Abstract

Koperasi Pekebun Pekebun Kecil Daerah Segamat (Kopedas) Berhad, ditubuhkan bertujuan untuk mengelompokan tanah pekebun kecil untuk mewujudkan satu ladang yang diusahakan secara komersial dan untuk melahirkan pekebun kecil yang berwawasan subur pemikiran dan pengamalan nilai-nilai positif, pro aktif, berdaya saing serta saling bahu membahu ke arah kecemerlangan kehidupan, Aktiviti-aktiviti Kopedas lebih tertumpu di dalam bidang pemasaran input dan hasil pertanian, pengangkutan kargo, dan kontrak-kontrak am dan bidang pembangunan tanah. Setelah lebih 15 tahun beroperasi, pihak Kopedas telah mempunyai pengalaman yang luas dan banyak perubahan yang berlaku semenjak ia mula ditubuhkan sehingga ke hari ini. Sebagai sebuah institusi perniagaan, yang mementingkan keuntungan, pihak Kopedas perlu juga mempertimbangkan faedah-faedah yang boleh di sumbangkan kepada ahli-ahlinya. Selain dividen sebagai imbuhan kepada pelaburan, faedah derma pelajaran, akhirat kematian dan pinjaman-pinjaman untuk modal perniagaan. Sejauh mana kemanpuan Kopedas untuk memenuhi keperluan-keperluan untuk tuntutan ahli dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kopedas sendiri. Tujuan kajian ini untuk mengukur prestasi kewangan Kopedas dari segi keupayaan untuk membayar hutang, keumpilan aset untuk menghasilkan jualan, keuntungan dan penggunaan hutang bagi pembiayaan operasi. Bagi tujuan ini, analisis nisbah digunakan untuk mengukur prestasi tiga tahun Kopedas iaitu 1994,1995 dan 1996 disamping 5 buah koperasi pekebun kecil lain sebagai pengukur perbandingan prestasi keseluruhan Berdasarkan kepada dapatan dan andaian-andaian tertentu penyelidik membuat jangkaan untuk tahun 1997 sehingga tahun 2000, Selain daripada itu, penyelidik juga menggunakan analisis trend untuk melihat trend prestasi Kopedas berbanding dengan industri. Akhir sekali, berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi penyelidik menjana cadangan-cadangan yang dirasakan boleh memberbaiki lagi prestasi Kopedas dan dapat terus kekal di dalam industri.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: PRESTASI KEWANGAN KOPERASI PEKEBUN KECIL,DAERAH SEGAMAT (KOPEDAS) SDN.BHD.
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 26 Aug 2019 02:16
Last Modified: 26 Aug 2019 02:16
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/784

Actions (login required)

View Item View Item