Normala, Ibrahim (2001) PENGAMALAN BUDAYA KERJA ISLAM DI SEKOLAH: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUALA LANGAT. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
![]() |
PDF
- Submitted Version
Download (4MB) |
Abstract
Kajian deskriptif ini dijalankan bertujuan untuk melihat sama ada pengamalan budaya kerja Islam dilaksanakan oleh guru dan pihak pengurusan sekolah. Pengamalan budaya kerja Islam, dalam kajian ini dilihat dari penerapan nilai etika kerja yang telah dibahagikan kepada enam gagasan nilai iaitu amanah, tekun, cepat dan tepat, berbudi mulia, produktif dan berkualiti serta kemajuan teknologi. Sampel kajian, seramai 120 orang guru dari enam buah sekolah menengah di daerah Kuala Langat telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini telah menggunakan set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Item soal selidik ini telah diuji kebolehpercayaannya dengan menjalankan kajian rintis menggunakan koefisien Cronbach Alpha yang mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.9654. Data yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif dan ujian-t dengan menggunakan perisian SPSS (Statiscal Packages for Social Sciences) version 10. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru dan pihak pengurusan sekolah ada mengamalkan budaya kerja Islam dalam rnelaksanakan tugas-tugas mereka di sekolah. Nilai etika kerja yang paling kerap diamalkan oleh guru-guru adalah nilai berbudi mulia dan nilai produktif dan berkualiti lebih kerap diamalkan oleh pihak pengurusan sekolah. Hasil dapatan ujian-t telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan pengamalan budaya kerja guru dan juga antara gred sekolah dengan amalan budaya kerja Islam oleh pihak pengurusan. Berdasarkan kajian ini beberapa cadangan telah dikemukakan untuk membantu meningkatkan, memperkukuhkan dan memantapkan lagi pengamalan budaya kerja Isiam di sekolah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | PENGAMALAN BUDAYA KERJA ISLAM DI SEKOLAH: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUALA LANGAT |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 3 |
Date Deposited: | 26 Aug 2019 02:15 |
Last Modified: | 26 Aug 2019 02:15 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/796 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |