IAB Institutional Repository

PROSES PENGUPAYAAN (EMPOWERMENT) DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH PONTIAN JOHOR DARUL TA'ZIM

Harsat, Abd. Rahman (2001) PROSES PENGUPAYAAN (EMPOWERMENT) DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH PONTIAN JOHOR DARUL TA'ZIM. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF - Submitted Version
Download (4MB)

Abstract

Pengupayaan ( empowerment ) merupakan satu pendekatan ke arah penambahbaikan dalam pentadbiran bagi rnemastikan keberkesanan pentadbiran organisasi. Kajian ini mempunyai objektif untuk melihat persepsi guru terhadap proses pengupayaan yang dilaksanakan oleh para pengetua di sekolah menengah. Kajian juga ingin melihat wujud atau tidak kepuasan bekerja di kalangan guru-guru berkenaan. Akhir sekali, kajian ini ingin mempastikan wujud atau tidak hubungan di antara proses pengupayaan dengan kepuasan bekerja guru. Seramai 128 orang guru dan sekolah menengah daerah Pontian, Johor, terlibat dalam kajian ini. Bagi melihat persepsi guru tentang proses pengupayaan pengetua, instrumen kajian " Leader Behavior Description Questionaires " LBDQ ) telah digunakan dengan ubahsuai. Untuk mengukur kepuasan kerja guru, ubahsuai instrumen kajian yang digunakan oleh Baharum ( 1998 ) telah dilakukan. Kajian rintis yang dijalankan mengikut kaedah "test-retest" mendapati instrumen kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi ( 0.9157 dan 0.9335 ). Data yang yang diperolehi dianalisis secara statistik diskriptif dan Ujian-t . Kajian menunjukkan para pengetua telah melaksanakan proses pengupayaan tetapi belum mencapai tahap yang diharapkan. Majoriti responden berpendapat kepuasan kerja mereka juga pada tahap sederhana. Hasil korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana di antara proses pengupayaan dengan kepuasan kerja ( r = 0.515 ). Antara dapatan ujian —t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan persepsi responden tentang proses pengupayaan dan kepuasan kerja. Akhir sekali, penvelidik menyarankan agar pengetua melaksanakan gaya kepimpinan secara pengupayaan agar pentadbiran sekolah lebih berkesan dan menambah kepuasan bekerja kakitangan, khususnya guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: PROSES PENGUPAYAAN (EMPOWERMENT) DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH PONTIAN JOHOR DARUL TA'ZIM
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 28 Aug 2019 01:45
Last Modified: 28 Aug 2019 01:45
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/801

Actions (login required)

View Item View Item