Mansor, Abd.Aziz (2001) PERSEPSI PENGETUA DAN GURU PENOLONG TERHADAP PENGUPAYAAN (EMPOWERMENT) DALAM PENGURUSAN DI SEKOLAH. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
![]() |
PDF
- Submitted Version
Download (4MB) |
Abstract
Pengupayaan merupakan satu pendekatan ke arah penambahbaikan dalam perlIadbiran bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran organisasi. Kajian ini heujuan untuk melihat persepsi pengetua dan guru penolong mengenai pengupayaan (empowerment) di 15 buah sekolah menengah di Daerah Muar. Dalam kajian yang di lalankan pengkaji ingin melihat persepsi pengetua terhadap pengupayaan dan sejauh mana pengetua telah melaksanakan pengupayaan semasa menjalakan tugasnya di sekolah. Persepsi guru penolong mengenai pengupayaan telah dilihat dari beberapa seperti budaya pengupayaan, iklim pengupayaan dan jenis pengupayaan. Seramai 15 orang pengetua dan 120 orang guru penolong telah terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif, ujian Mann-Whitney, Ujian-t dan Ujian ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua bersetuju dengan pelaksanaan pengupayaan (empowerment) di sekolah tetapi mereka hanya kadang-kadang sahaja melakukan pengupayaan dengan orang-orang bawahannya. N.lengikut persepsi guru penolong, pengetua ada melakukan pengupayaan dalam pentadbirannya tetapi pada tahap mengikut bidang dan belum lagi sampai kepada tahap maksima ataupun sepenuhnya. Dapatan kajian daripada guru penolong juga, menunjukkan bahawa mereka agak kerap terlibat dalam membentuk matlamat dan wawasan sekolah dan merasakan iklim sekolah berada dalam suasana yang sangat baik. Namun begitu pengetua mengamalkan ketiga-tiga jenis pengupayaan iaitu penyertaan ara memberi cadangan, peyertaan dalam bidang tugas dan penyertaan secara maksima tapi pada tahap nilai min yang rendah (min 2.55). Dari ujian Mann- Whitney, trienunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetua mengikut jantina dan pengalaman berkhidmatan terhadap persepsi pengupayaan dan pelaksanaannya di sekolah. Dalam ujian-t juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru penolong mengikut jantina dan pengalaman terhadap demensi pembolehubah bersandar kecuaii dari segi budaya, Manakala ujian ANOVA mendapati bahawa tidak terdapatnya perbezaan yang signifikan antara guru penolong mengikut jawatan terhadap persepsi Iklim dan jenis pengupayaan tetapi ada perbezaan yang signifikan antara guru penolong mengikut jawatan terhadap tahap pengupayaan. Akhir sekali penyelidik ada mencadangkan agar pengetua dapat melaksanakan gava kepimpinan secara pengupayaan iengan orang bawahannya agar pentadbiran di sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | PERSEPSI PENGETUA DAN GURU PENOLONG TERHADAP PENGUPAYAAN (EMPOWERMENT) DALAM PENGURUSAN DI SEKOLAH |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 28 Aug 2019 07:04 |
Last Modified: | 28 Aug 2019 07:04 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/802 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |