IAB Institutional Repository

FAKTOR-FAKTOR SOKONGAN OLEH PERSEKITARAN TEMPAT KERJA DALAM MELAKSANAKAN PEMINDAHAN LATIHAN. (PESEPSI PESERTA KURSUS KELAYAKAN PROFESIONAL PENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH) 1/99 NEGERI JOHOR.)

Ahmad Sabry, Othman (2001) FAKTOR-FAKTOR SOKONGAN OLEH PERSEKITARAN TEMPAT KERJA DALAM MELAKSANAKAN PEMINDAHAN LATIHAN. (PESEPSI PESERTA KURSUS KELAYAKAN PROFESIONAL PENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH) 1/99 NEGERI JOHOR.). Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF - Submitted Version
Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor sokongan persekitaran tempat kerja untuk perlaksanaan pemindahan latihan di kalangan guru-guru yang telahpun mengikuti progam NPQH iaitu Kursus Kelayakan Pengetuaan Kebangsaan di Institut Aminuddin Baki. Kepuasan responden terhadap keupayaan mereka melaksanakan pemindahan latihan dilihat dari aspek perjawatan, pembangunan diri dan penghargaan yang diterima dari pihak J.P.N.J, P.P.D, pentadbir sekolah dan rakan sejawat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sokongan pihak JPNJ dan PPD berada di tahap yang kurang memuaskan dan kurang membantu proses pemindahan latihan. Manakala sokongan dari pihak pentadbir sekolah dan rakan sejawat berada pada tahap yang sangat tinggi. Rakan sejawat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Malah mereka menghargai SKA yang diperolehi peserta NPQH. Pihak pentadbir sekolah dan rakan sejawat selalu merujuk dan meminta khidmat dan pandangan pelatih dalam menjalankan tugasan harian. Didapati bahawa faktor jawatan juga memberikan kesan yang besar terhadap tanggapan peserta NPQH mengenai berlakunya pemindahan latihan. Responden yang tidak diberi apa-apa jawatan selepas kembali semula bertugas di sekolah memberikan skor persetujuan sokongan yang negatif manakala mereka yang telah menjawat Guru Kanan 1 memberikan skor di tahap positif yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa jawatan yang diberi kepada pelatih merupakan salah satu motivasi bagi menggalakkan mereka mernindahkan SKA di tempat kerja rnasing-masing. Responden menunjukkan kepuasan yang tinggi dari aspek tanggunawab, pembangunan diri yang diterima dan sumbangan yang mereka berikan di tempat kerja. Persekitaran tempat kerja yang kondusif akan menggalakkan proses perlaksanaan pemindahan latihan oleh peserta NPQH.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: FAKTOR-FAKTOR SOKONGAN OLEH PERSEKITARAN TEMPAT KERJA DALAM MELAKSANAKAN PEMINDAHAN LATIHAN. (PESEPSI PESERTA KURSUS KELAYAKAN PROFESIONAL PENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH) 1/99 NEGERI JOHOR
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 14 Oct 2019 07:36
Last Modified: 14 Oct 2019 07:36
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/805

Actions (login required)

View Item View Item