IAB Institutional Repository

PENGURUSAN AKAUN KOPERASI SEKOLAH

Mohd. Daut, Salleh (1998) PENGURUSAN AKAUN KOPERASI SEKOLAH. Masters thesis, University Utara Malaysia.

[img] PDF - Submitted Version
Download (2MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi guru-guru berhubung dengan kepentingan pengurusan akaun dalam menentukan kejayaan sesebuah koperasi sekolah. Dalam kajian ini, pembolehubah bersandar ialah persepsi terhadap kepentingan pengurusan akaun koperasi. Pembolehubah bebas terdiri dari iima faktor iaitu umur, jantina, jawatan, gred sekolah dan lokasi sekolah. Seramai 110 orang guru-guru sekolah menengah daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian adalah soal selidik yang telah dibina sendiri oleh penyelidik dengan menggunakan skala Likert. Hasil kajian mendapati wujud perbezaan persepsi di kalangan Lembaga Koperasi tentang kefahaman perakaunan koperasi, kepekaan dan kepatuhan seksyen-seksyen tertentu Akta Koperasi 1993. Kajian ini juga mendapati tiada perbezaan persepsi antara guru-guru berhubung dengan kepentingan faktor-faktor pengurusan akaun koperasi. Rumusan dan cadangan kajian selanjutnya juga dikemukakan di bahagian akhir kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: PENGURUSAN AKAUN KOPERASI SEKOLAH
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 18 Oct 2019 03:03
Last Modified: 18 Oct 2019 03:03
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/812

Actions (login required)

View Item View Item