IAB Institutional Repository

ASPIRASI KERJAYA PELAJAR-PELAJAR LUAR BANDAR

Zalina, Ahmad Zainuddin (1999) ASPIRASI KERJAYA PELAJAR-PELAJAR LUAR BANDAR. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.

[img] PDF - Submitted Version
Download (3MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji aspirasi kerjaya pelajar pelajar luar bandar di daerah Sabak Bernam Selangor. Seramai 163 orang pelajar pelajar daripada empat buah sekolah menengah Gred A telah dijadikan sebagai responden kajian ini. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah satu set soal selidik Self Directed Search (SDS) yang telah dikemukakan oleh Holland (1973) Data dalam kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif yang berbentuk kekerapan dan peratusan untuk menghuraikan latarbelakang responden yang meliputi pengaruh rakan dalam pemilihan kerjaya, jantina, pekerjaan bapa/ibu/penjaga, pendapatan bapa/ibu/penjaga, taraf pendidikan bapa/ibu/penjaga dan aliran pengajian. Bahagian kedua ialah analisis min dan sisihan piawai terhadap kesukaan, kecekapan dan pekerjaan yang diminati oleh pelajar-pelajar bagi menentukan kod personaliti. Kaedah ini digunakan untuk melihat keutamaan atau kecenderungan pelajar terhadap 6 kategori personaliti iaitu realistik, investigatif, artistik, sosial, keushawanan (enterprising), dan konvensional. Bahagian ketiga ialah pengujian hipotesis kajian. Secara keseluruhannya terdapat sembilan (9) hipotesis kajian. Kaedah statistik inferensi digunakan bagi pengujian hipotesis 1 hingga 9. Penyelidik menggunakan korelasi Momen Pearson dan ujian ANOVA. Bahagian keempat adalah untuk mengkaji keselarasan antara kod personaliti dengan cita cita pelajar menggunakan Kod Pekerjaan Holland dan Indeks Keselarasan Wiggins.Kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara jantina, jenis pekerjaan bapa/ibu/penjaga, pendapatan bapa/ibu/penjaga, taraf pendidikan bapa/ibu/penjaga dan aliran pengajian pelajar dengan aspirasi kerjaya mereka. Terdapat perhubungan yang signifikan di antara pengaruh rakan sebaya dengan aspirasi kerjaya. Ujian ANOVA menunjukkan tiada perbezaan di antara aspirasi pelajar lelaki dan perempuan atau dari segi aliran pengajian. Terdapat perbezaan di antara pengaruh rakan dan tiada pengaruh rakan sebaya ke atas aspirasi kerjaya pelajar. Kajian ini juga menunjukkan keselarasan antara cita-cita dan kod personaliti pelajar adalah rendah.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: ASPIRASI KERJAYA PELAJAR-PELAJAR LUAR BANDAR
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 18 Oct 2019 03:04
Last Modified: 18 Oct 2019 03:04
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/815

Actions (login required)

View Item View Item