IAB Institutional Repository

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR

Syed Nasir, Sayed Mahadi (1998) FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR. Masters thesis, University Utara Malaysia.

[img] PDF - Submitted Version
Download (3MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara faktor keluarga, sekolah dan pencapaian akademik dengan pemilihan kerjaya pelajar. Kajian ini telah dijalankan ke atas 227 orang pelajar di dua buah sekolah di bandar Taiping dengan menggunakan borang soal-selidik. Untuk melihat hubungan tersebut ujian x2 digunakan. Hasil kajian mendapati bagi faktor keluarga hanya aspek perbincangan bersama abang dan kakak dan sokongan daripada abang dan kakak telah mendorong pelajar memilih kerjaya dalam bidang ikhtisas dan teknikal. Sementara itu faktor taraf pendidikan ibu bapa, nasihat ibu bapa dan anggota keluarga, kerjaya yang disukai ibu bapa dan anggota keluarga, kerjaya yang dicita-citakan oleh ibu bapa, perbincangan dan sokongan daripada ibu bapa, harapan daripada abang dan kakak tidak mempunyai hubungan dengan pemilihan kerjaya pelajar. Bagi faktor sekolah nasihat daripada pengetua, guru, peranan guru kaunseling, pameran dan ceramah kerjaya, rundingan dan perbincangan bersama guru dan guru kaunseling didapati tidak mempunyai hubungan dengan pemilihan kerjaya pelajar. Bagi faktor pencapaian akademik hanya pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris dan Biologi mempunyai hubungan dengan pemilihan kerjaya pelajar berbanding pencapaian bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah, Prinsip Akaun, Fizik dan Kimia tidak mempunyai hubungan dengan pemilihan kerjaya pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA PELAJAR
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 18 Oct 2019 03:05
Last Modified: 18 Oct 2019 03:05
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/817

Actions (login required)

View Item View Item