IAB Institutional Repository

PENGURUSAN KONFLIK DI KALANGAN PENDIDIK

Haszminy, Mat (1999) PENGURUSAN KONFLIK DI KALANGAN PENDIDIK. Masters thesis, University Utara Malaysia.

[img] PDF - Submitted Version
Download (3MB)

Abstract

Konflik merupakan .fenornena semulajadi yang dialami oleh setiap individu yang berinteraksi dan berkomunikasi dengan individu lain. Arnalan komunikasi dalam organisasi pendidikan yang tidak berkesan merupakan. satu. punca berlakunva konflik di kaiangan pendidik. Kajian ini dijalankan bertujuan melihat hubungan di antara ciri-ciri demografi dengan gaya pengurusan konflik dan amalan komunikasi dalam organisasi serta hubungan di antara 4 dimensi amalan komunikasi dalam organisasi dengan 5 gaya pengurusan konflik. Kajian yang berbentuk kuantitatif dijalankan ke atas guru-guru di 14 buah sekolah menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Seramai 274 orang responden telah dipilih secara rawak dengan menggunakan Kaedah Proportionate Stratified Random Sampling. Seramai 240 orang responden yang memberi maklumbalas berdasarkan soal selidik yang berjaya dipungut juga mewakili 87.59% daripada keseluruhan responden. Soal selidik yang digunakan rnengandungi 58 item, iaitu 5 item ciri-ciri demografi, 25 item gaya pengurusan konflik yang diadaptasi daripada Thomas-Kilmann Conflict Mode Instrument (T-KCMI) dan 28 item amalan komunikasi dalam organaisasi yang disesuaikan dengan pendapat Smeltzer. Dua jenis statistik yang digunakan iaitu statistik deskriptif untuk mendapatkan jumlah skor, min, sisihan piawai dan peratus dan statistik inferensi untuk pengujian hipotesis iaitu menggunakan ujian-t, ANOVA (Satu hala) dan Korelasi Pearson. Analisis deskriptif menunjukkan min pengurusan konflik gaya kolaborasi paling popular dan min gaya persaingan paling kurang. Dapatan daripada pengujian hipotesis didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina, umur, status perkahwinan, taraf pendidikan akademik dan tempoh perkhidmatan dengan gaya pengurusan konflik. Manakala terdapat perbezaan faktor jantina, umur dan tempoh perkhidrnatan dengan amalan komunikasi dalam organisasi. Hasil analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan komunikasi dalam organisasi dengan gaya pengurusan konflik di kalangan pendidik di sekolah menengah di Daerah Pasir Mas.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: PENGURUSAN KONFLIK DI KALANGAN PENDIDIK
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 18 Oct 2019 03:08
Last Modified: 18 Oct 2019 03:08
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/825

Actions (login required)

View Item View Item