Nor Shirin, Md. Mokhtar (1998) FINANCIAL RATIOS AS SIGNIFICANT DETERMINANTS OF SYSTEMATIC RISK : A STUDY ON ARAB MALAYSIAN DEVELOPMENT BERHAD. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
![]() |
PDF
- Submitted Version
Download (3MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan benkut; Adakah nisbah-nisbah kewangan bertindak sebagai penunjuk yang tepat kepada risiko sistematik (risiko pasaran) ? ' Analisa empirikal telah dibuat ke atas nisbah-nisbah kewangan Arab Malaysian Development Berhad (AMDB) sepanjang 11 tahun dari 1987 hingga 1997. Pembolehubah sandar pada beta diperolehi dari pangkalan data `metastock'. Pulangan saham harian AMDB diregrasikan dengan indeks komposit (KLCI). Beta mengukur risiko yang timbul daripada hubungan antara pulangan sesuatu saham dan pulangan daripada pasaran. Walau bagaimanapun, risiko sesebuah syarikat seharusnya ditentukan oleh penyatuan antara asas syarikat dengan pasaran saham syarikat tersebut. Kajian ini dijalankan ke atas hubungan-hubungan ini bagi membantu kita supaya lebih memahami beta (risiko pasaran) dan boleh membuat ramalan-ramalan yang lebih tepat terhadap beta. 14 nisbah kewangan di dalam kajian ini mewakili nisbah cepat syarikat, nisbah pengurusan nisbah keuntungan dan kecekapan syarikat, nisbah perniagaan, nisbah nilai pasaran dan saiz syarikat. Di dalam menganalisa keputusan, pada mulanya nisbah kewangan ini dianalisa dengan menggunakan analisa tren untuk pergerakannya sepanjang 11 tahun tersebut. Kemudian korelasi Pearson digunakan untuk menganalisa perhubungan positif atau negatif di antara pembolehubah-pembolehubah Ketiga, regrasi univariat digunakan untuk mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah yang penting berasaskan ujian-t pada tahap 5 peratus dan 10 peratus signifikan. Akhirnya regrasi multivariat untuk mengkaji pembolehubah-pembolehubah penting. Kajian mengenal pasti hanya 3 pembolehubah yang penting dari segi statistik di dalam menjelaskan variasi beta, iaitu pendapatan sesaham, nisbah ekuiti-hutang dan pulangan ke atas pemegang-pemegang saham. Oleh itu, kajian ini menekankan nisbah-nisbah kewangan di dalam meramal beta dan seterusnya mengukur risiko. Kajian ini menyokong kajian terdahulu yang telah dibuat oleh BKS 1970), Ruland (1980) dan lain-lain. Oleh itu, nisbah kewangan ( yang terpilih ) bolehlah digunakan sebagai alat untuk mengukur risiko pasaran untuk kegunaan dalaman dan luaran syarikat.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | FINANCIAL RATIOS AS SIGNIFICANT DETERMINANTS OF SYSTEMATIC RISK : A STUDY ON ARAB MALAYSIAN DEVELOPMENT BERHAD |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 18 May 2020 04:23 |
Last Modified: | 18 May 2020 04:23 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/844 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |