IAB Institutional Repository

HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DENGAN MOTIVASI GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA

Jamalullail , Abdul Wahab and Zawiah , Kamad (2007) HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DENGAN MOTIVASI GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 17 (02). pp. 67-78. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (573kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru terhadap dimensi gaya kepimpinan pengetua serta mengenalpasti hubungan kedua-dua dimensi kepimpinan pengetua iaitu dimensi pendayautamaan struktur (mengutamakan tugas) dan dimensi timbang rasa (mengutamakan aspek hubungan manusia) dengan tahap motivasi guru. Kajian yang dijalankan secara tinjauan di dua buah sekolah menengah kebangsaan agama daerah Kuala Langat, Selangor, telah melibatkan seramai 96 responden guru. Soal selidik mengandungi item kedua-dua gaya kepimpinan pengetua dan tahap motivasi guru telah diutilasikan, manakala data telah dianalisis dan diinterpretasi menggunakan perisian SPSS versi 14.0. serta dua jenis statistik iaitu statistik deskriptif untuk mengenalpasti dimensi gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua samada dimensi kepimpinan pendayautamaan stuktur atau timbang rasa. Manakala statistik inferensi (pekali korelasi Pearson) digunakan untuk melihat hubungan antara dimensi gaya kepimpinan pengetua secara umum dan kedua-dua dimensi kepimpinan tersebut dengan motivasi guru. Kajian ini mendapati pengetua di dua buah SMK Agama, Kuala Langat lebih kerap menggunakan gaya kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur dalam pentadbiran di sekolah. Walaupun kajian mendapati terdapatnya hubungan signifinikan antara gaya kepimpinan pengetua secara umum dengan motivasi guru, namun didapati gaya kepimpinan pengetua dimensi pendayautamaan struktur tidak mempunyai hubungan signifikan dengan tahap motivasi guru. Namun demikian, gaya kepimpinan pengetua dimensi timbang rasa dikenalpasti mempunyai hubungan signifikan dengan tahap motivasi guru.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kepimpinan pengetua; motivasi; sekolah menengah agama; persepsi guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 11 Mar 2013 01:05
Last Modified: 11 Mar 2013 01:05
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/85

Actions (login required)

View Item View Item