IAB Institutional Repository

KESAN INTEGRITI KEPEMIMPINAN DAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) DIMENSI KEMANUSIAAN TERHADAP IKLIM PROSES ORGANISASI: SATU KAJIAN KES

Mohamed Sani , Ibrahim and Mumtaz Begum, Abdul Kadir (2008) KESAN INTEGRITI KEPEMIMPINAN DAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) DIMENSI KEMANUSIAAN TERHADAP IKLIM PROSES ORGANISASI: SATU KAJIAN KES. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 18 (02). pp. 41-60. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti sama ada integriti kepemimpinan, pembentukan visi, misi dan matlamat dan pelaksanaan TQM dimensi kemanusiaan menyumbang kepada pembentukan iklim proses organisasi. Sampel kajian terdiri daripada responden seramai 698 orang dari IPTMA Kerajaan dan 581 orang dari IPTMA Swasta yang dipilih secara rawak berstrata dari 19 buah IPTMA Kerajaan dan 16 buah IPTMA Swasta di seluruh Malaysia. Data dari responden diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubah suai daripada beberapa instrumen yang terdahulu. Bagi inenjawab persoalan kajian, statistik inferens iaitu analisis regresi berganda digunakan. Berdasarkan analisis regresi berganda didapati bahawa komponen pelaksanaan TQM dimensi kemanusiaan adalah penyumbang tertinggi (32%) terhadap iklim proses organisasi di samping komponen integriti kepemimpinan ( 3.3 %) dan pembentukan visi, misi dan matlamat berasaskan nilai (0.8%). Implikasi kajian ini menunjukkan IPTMA memerlukan kepemimpinan yang berintegriti dan penerapan integriti sebagai penjana pelaksanaan TQM, seterusnya membawa kepada pembentukan iklim organisasi proses organisasi kualiti menyeluruh.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: integriti kepemimpinan; pengurusan kualiti menyeluruh; TQM;iklim proses organisasi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 13 Mar 2013 03:12
Last Modified: 13 Mar 2013 03:12
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/88

Actions (login required)

View Item View Item