Dr. Nor Foniza, Maidin (2017) Kajian Semakan Semula Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah(KOMPAS). UNSPECIFIED.
![]() |
PDF
Download (1MB) |
Abstract
Kajian ini melibatkan dua (2) fasa iaitu analisis data sekunder KOMPAS dan pembangunan kompetensi baharu selari dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Kajian fasa pertama menggunakan data sekunder KOMPAS sedia ada yang terdiri daripada enam domain dan melibatkan dua puluh enam kompetensi. Penyelidik juga menganalisis data sekunder untuk mengesahkan kerelevanan domain dan kompetensi sedia ada. Penyelidik juga menganalisis data sekunder untuk mengesahkan kerelevanan domain dan kompetensi sedia ada. Data KOMPAS ini diisi oleh PGB setiap tahun sebagai analisis keperluan untuk pihak IAB membuat perancangan kursus. Oleh itu penyelidik telah menggunakan data tahun 2015 sebagai asas analisis. Analisis faktor mengkelompokkan item kepada 4 domain berbanding 6 domain asal. Oleh yang demikian, penyelidik membuat keputusan untuk meneruskan semakan semula pada fasa dua (2). Fasa 2, melibatkan penerokaan kompetensi baharu pemimpin sekolah mengikut keperluan masa kini dan akan datang. Dua siri perbincangan percambahan minda bersama kumpulan berfokus melibatkan PGB cemerlang dan berpengalaman, pegawai-pegawai JPN, PPD dan KPM untuk bagi mendapatkan kompetensi dan menghasilkan satu instrumen kompetensi baharu berasaskan KOMPAS asal. Indeks persetujuan melebihi (inter-rater agreement) 0.70 terhadap item kompetensi baharu yang didapati pada siri perbincangan ketiga, membolehkan item kompetensi baharu dirintis. Selepas rintis, 121 item kompetensi baharu ditadbirkan kepada 525 orang PGB di Semenanjung Malaysia. Hasil faktor analisis mendapati terdapat lima domain iaitu Hala Tuju Pencapaian; Sumber Operasi; Mengurus Perubahan; Hubungan dan Kualiti Peribadi yang relevan. Di samping itu, terdapat 13 kompetensi baharu iaitu Pematuhan Dasar; Menterjemah Visi; Berfokus Kemenjadian Murid; Instruksional berfokus Kurikulum; Pemantauan menyeluruh; Berfokus Data; Mengurus ICT; Membudaya Keusahawanan; Mengurus risiko; Menyelidik; Jaringan dan Jalinan Hubungan luar; Nilai Tingkah laku Personel; Kesedaran Mengurus Kendiri dan Sosial merupakan keperluan kepada PGB masa kini serta untuk masa hadapan. Dimensi dan kompetensi baharu yang didapati dijadikan asas kepada KOMPAS versi 2.0.
Item Type: | Research Report |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 28 Aug 2019 01:50 |
Last Modified: | 28 Aug 2019 01:50 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/887 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |