%P 33-55 %J Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan %L iab_repo100 %V 20 %N 01 %T ISU-ISU DALAM LATIHAN UNTUK TENAGA PENGAJAR BAGI ORANG KURANG UPAYA (TPOKU) DI MALAYSIA %K Tenaga Pengajar bagi Orang Kurang Upaya (TPOKU); Orang Kurang Upaya (OKU); pusat latihan; latihan; vokasional %I Institut Aminuddin Baki %A Kamaruddin Zainal Rashid %A Othman Norasmah %A Hamzah Mohd Izham %X Kertas ini bertujuan mengenengahkan kepentingan latihan Tenaga Pengajar Bagi Orang Kurang Upaya (TPOKU) yang bertugas melatih pelajar OKU di pusat-pusat latihan kemahiran seperti bengkel terlindung yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Latihan untuk TPOKU yang komprehensif dan jitu akan menghasilkan tenaga pengajar berilmu yang lengkap dengan pengetahuan, kemahiran dan bersikap profesional dalam menghadapi cabaran memberi latihan kepada golongan orang kurang upaya (OKU). Latihan dapat membantu TPOKU mengenal pasti ciri-ciri pendidikan khusus yang diperlukan oleh OKU bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan efektif. TPOKU yang mahir akan bersikap positif, komited dan profesional dalam tindakan mereka terhadap pelajar OKU. Kertas ini menghuraikan bahawa TPOKU terlatih dapat melaksanakan amanah dan merupakan strategi terbaik dalam membina latihan OKU kelas pertama. %D 2010