@article{iab_repo1004, author = {Norazah Nordin and Sham Ibrahim and Zamri Mahamod and Mohd. Hamzah Mohd. Hamzah}, journal = {Universiti Kebangsaan Malaysia.}, title = {Reka bentuk dan pembangunan pembelajaran atas talian menggunakan sumber terbuka dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan}, abstract = {Kajian ini bertujuan menilai penggunaan pembelajaran atas talian dalam kalangan bakal pengurus dan pemimpin sekolah. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa. Fasa pertama membangunkan sistem pembelajaran atas talian menggunakan sumber terbuka Moodle. Fasa ini menekankan proses mereka bentuk dan membangunkan prototaip sistem pembelajaran atas talian yang dinamakan e-Headship. Modul kandungan kursus adalah yang berkaitan dengan kursus Kelayakan Profesional Kebangsaan untuk Pengurus dan Pemimpin Sekolah (National Profesional Quali{\TH}cation for Headship (NPQH)). Fasa kedua kajian ini berkaitan dengan penilaian pembelajaran atas talian yang telah dibangunkan terhadap peserta kursus NPQH yang bakal menjadi pengurus dan pemimpin sekolah di Malaysia. Penilaian dalam kajian ini adalah berkaitan dengan kandungan pembelajaran atas talian peserta kursus yang dikaji. Peserta kursus adalah terdiri daripada bakal pengurus dan pemimpin sekolah yang mengikuti kursus di Institut Aminuddin Baki, iaitu institut yang memberi latihan kepada pengurus dan pemimpin sekolah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian eksperimental ujian pasca untuk melihat dapatan kajian yang dijalankan.Seramai 60 responden yang terdiri daripada peserta kursus NPQH terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan data dibuat melalui borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan, penggunaan, kemahiran dan tahap kognitif kumpulan rawatan adalah tinggi daripada kumpulan kawalan yang menggunakan e-Headship berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional. Adalah diharapkan agar pembangunan prototaip pembelajaran atas talian ini dapat membantu pihak IAB membuat penambahbaikan terhadap program latihan pengurusan dan kepimpinan sekolah secara lebih menyeluruh pada masa akan datang}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/1004/} }