%0 Journal Article %A Siti Nabilah, Kasdi %A Mohd Hanafi, Mohd Yasin %A Hasnah , Toran %A INSTITUT AMINUDDIN BAKI, %D 2010 %F iab_repo:101 %I Institut Aminuddin Baki %J Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan %K tingkah laku seksual, pendidikan khas %N 01 %P 56-64 %T MASALAH TINGKAH LAKU SEKSUAL PELAJAR PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN %U http://eprints.iab.edu.my/v2/101/ %V 20 %X Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan masalah dan faktor pemangkin tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Perkembangan seksual merupakan satu proses bagi memenuhi keperluan asas manusia seperti disukai, diterima, menerima, nilai perasaan, tertarik serta berkongsi perasaan dan rasa. Tingkah laku seksual juga boleh menyebabkan berlakunya gangguan seksual dalam kalangan rakan sebaya atau pada individu yang lebih dewasa. Oleh yang demikian, tingkah laku ini menjadi satu ancaman kepada pelajar itu sendiri dan juga individu disekitarnya. Beberapa faktor utama yang menggalakkan tingkah laku seksual ialah inkuiri, perasaan bimbang dan peniruan. Bagi menangani masalah ini, kaedah rawatan berperingkat secara berkumpulan merupakan jalan terbaik. Di samping itu, kerjasama dari pelbagai pihak seperti ibu bapa, tenaga professional dan pihak berwajib perlu untuk memastikan keberkesanannya.