%0 Journal Article %A Hj Ibrahim, Hj Mohammed Sani %A Abdul Aziz, Hj Samsuddeen %A Azman, Norzaini %F iab_repo:1014 %J Amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah di Sekolah-Sekolah Swasta di Malaysia: Satu Tinjauan %T Amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah di Sekolah-Sekolah Swasta di Malaysia: Satu Tinjauan %U http://eprints.iab.edu.my/v2/1014/ %X Kajian ini bertujuan untuk menilai pengamalan pengurusan berasaskan sekolah di sekolah-sekolah swasta di Malaysia serta tahap kepimpinan multi-dimensi di kalangan pengetua. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah yang menjadi penyumbang utama kepada pembuatan keputusan secara berpartisipatif, pengupayaan guru dan penglibatan aktif ibu bapa di sekolah. Sampel kajian ini terdiri daripada 605 orang guru dari 65 buah sekolah menengah swasta aliran biasa, sekolah menengah swasta aliran Cina dan sekolah menengah aliran Agama di seluruh Malaysia. Satu set instrumen soal selidik dibina oleh pengkaji berdasarkan terjemahan dan sumbersumber kajian. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan statistik deskriptif bagi menjawab persoalan kajian dan statistik inferensi iaitu Ujian MANOVA dan Regresi Berganda digunakan bagi menguji hipotesis-hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan pengamalan aspek asas pengurusan berasaskan sekolah di kalangan sekolah-sekolah swasta di Malaysia adalah pada tahap sederhana. Pengetua di ketiga-tiga jenis sekolah swasta di Malaysia masih belum mengamalkan kepimpinan multi-dimensi dengan sepenuhnya. Terdapat sedikit perbezaan dari segi amalan kepimpinan multi-dimensi di antara sekolah aliran umum, sekolah aliran Cina dan sekolah aliran Agama. Tindakan membuat keputusan secara berpartisipatif terdapat perbezaan di antara ketiga-tiga jenis sekolah tetapi yang jelas pengetua dan Lembaga Pengurusan Sekolah mendominasi keputusan di sekolah. Dapatan kajian juga mendapati pengupayaan guru berada pada tahap yang tinggi dan penglibatan ibu bapa masih tidak aktif. Implikasi kajian ini adalah untuk mencapai pengamalan pengurusan berasaskan sekolah secara sistematik dan teratur di sekolah-sekolah swasta di Malaysia agar keberkesanan sekolah akan tercapai sesuai dengan sistem pendidikan arus perdana negara.