%L iab_repo102 %V 20 %T PENGGUNAAN SISTEM FM (FREQUENCY MODULATION) DALAM KALANGAN MURID-MURID BERMASALAH PENDENGARAN %N 01 %P 65-81 %J Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan %A Shee Yin Choong %A Mohd Yasin Mohd Hanafi %X Kebanyakan murid bermasalah pendengaran tidak pekak sepenuhnya. Mereka masih mempunyai sisa pendengaran dan bergantung kepada alat bantu pendengaran untuk membantu pendengaran. Penggunaan Sistem FM membantu perkembangan proses pembelajaran auditori, pertuturan dan perkembangan bahasa bagi murid-murid bermasalah pendengaran. Artikel ini bertujuan membincangkan penggunaan Sistem FM dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran. Di samping, artikel ini mendedahkan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Sistem FM, fungsi dan strategi penggunaan Sistem FM, kebaikan dan batasan penggunaan sistem FM. Beberapa cadangan dibincangkan berkaitan dengan penggunaan Sistem FM yang berkesan dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran. %D 2010 %I Institut Aminuddin Baki %K sistem FM, frequency modulation, murid bermasalah pendengaran