%D 2007 %T PELAKSANAAN KEPEMIMPINAN PENGAJARAN DIKALANGAN PENGETUA SEKOLAH %X Fokus utama kajian adalah untuk melihat pelaksanaan kepemimpinan pengajaran dan fungsi-fungsinya di kalangan pengetua sekolah. Kajian juga turut melihat perbezaan dalam persepsi guru terhadap pelaksanaan kepemimpinan pengajaran dan fungsi-fungsinya berdasarkan faktor lokasi sekolah, jantina, kategori perkhidmatan, kaum, pengalaman mengajar dan umur. Kerangka kajian diasaskan kepada Model Kepemimpinan Pengajaran oleh Dwyer (1984) dan Hallinger dan Murphy(1985). Data diperoleh menerusi soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS). eramai 460 orang guru dan 40 orang pengetua daripada 46 buah sekolah menengah di Negeri Selangor Darul Ehsan dipilih sebagai responden. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menerusi program SPSS-Versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan pengetua telah melaksana dan mengamalkan semua sebelas fungsi kepemimpinan pengajaran yang dikaji. Penjelasan matlamat merupakan fungsi paling dominan dilaksanakan oleh pengetua, diikuti penguatkuasaan dasar akademik dan pemberian insentif untuk pembelajaran. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi guru tentang kepemimpinan pengajaran pengetua berdasarkan faktor jantina, kaum, pengalaman mengajar dan umur. %L iab_repo1030 %A Latip bin Muhammad