TY - UNPB ID - iab_repo1033 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1033/ PB - Institut Aminuddin Baki N2 - Modul Kajian Tindakan ini direka bentuk agar pemimpin-pemimpin pelapis dapat memahami konsep asas dan menyedarkan mereka bagaimana melaksanakannya disekolah. Ciri-ciri kajian tindakan, proses kajian tindakan, perbezaan kajian tindakandengan kajian konvensional dan teknik pengumpulan data, diberikan penekanan yang khusus dalam modul ini. Seterusnya, aktiviti perbengkelan pula akan menyediakan ruang dan peluang bagi pemimpin pelapis untuk menyediakan rancangan pelaksanaan kajian tindakan, yang boleh dilaksanakan di sekolah. Dalam modul ini juga penekanan kajian tindakan bukan lagi difokuskan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran sahaja, namun diperluaskan kepada Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Hal-ehwal Murid, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Perhubungan Luar. Y1 - 2015/// M1 - project_report TI - PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL): MODUL KHAS KAJIAN TINDAKAN AV - public ER -