%D 2008 %C Kuantan, Pahang, Malaysia %T KAJIAN TAHAP KOMPETENSI PENGETUA/GURU BESAR TERHADAP PENGURUSAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH %X Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau tahap kompetensi pentadbir sekolah yang terdiri daripada pengetua dan guru besar terhadap pengurusan teknologi instruksional khususnya ICT. Responden kajian ini terdiri daripada 55 buah sekolah cemerlang menengah dan rendah dari seluruh negara. Kajian ini menggunakan teknik tinjauan untuk mendapatkan data kuantitatif. Soalselidik yang digunakan telah diubahsuai dari Standard Teknologi Untuk Pentadbir Sekolah (Technology Standard for School Administration). Enam komponen penting yang terlibat di dalam standard ini ialah i) Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional, ii) Pembelajaran dan Pengajaran, iii) Produktiviti dan Amalan Profesional, iv) Sokongan, Pengurusan dan Operasi, v) Pentaksiran dan Penilaian dan vi) Isu Sosial, Perundangan dan Etika. Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam pengurusan teknologi adalah pada tahap sederhana tinggi. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah perlu memberi komitmen sepenuhnya terhadap penggunaan teknologi instruksional agar dapat meningkatkan produktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. %L iab_repo1035 %A Mahizer Hamzah %A Yusup Hashim %A Ismail Abdul Raoh