TY - UNPB UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1039/ ID - iab_repo1039 PB - UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA N2 - Kajian ini meneroka amalan kepimpinan instruksional pensyarah sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran di Kolej KemahiranTinggi MARA Sri Gading, KolejKemahiran Tinggi MARA Ledang dan Kolej Kemahiran Tinggi Masjid Tanah.Pensyarah yang dipilih sebagai kepimpinan instruksional adalah terdiri daripadaTimbalan Pengarah HEA, Ketua Jabatan, Ketua Program, Ketua Unit danPenyelaras Kursus yang berasaskan empat amalan pengurusan instruksional iaitumerangka matlamat pengajaran dan pembelajaran, pemantauan kurikulum dengan pengajaran dan pembelajaran, mengekalkan pemantauan kurikulum dengan pengajaran dan pembelajaran, dan berdasarkan sokongan pembelajaran dengan pengajaran dan pembelajaran. Kajian deskriptif ini dijalankan secara tinjauan keatas108 responden dari tiga lokasi kajian dengan menggunakan borang soal selidik.Pengumpulan data secara mengedarkan soal selidik mengandungi bahagiandemografi dan 4 bahagian mengandungi 24 item kajian kepada semua responden.Analisis data berasaskan perisian SPSS versi 20 dalam bentuk statistik deskriptifiaitu nilai min, sisihan piawai, ujian-t sampel bebas dan anova satu hala. Hasilkajian ini semuanya menunjukkan pada tahap tinggi dalam kepimpinan instruksional berdasarkan pemantauan kurikulum pembelajaran. Ujian-t menunjukkan tidakterdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kepimpinan instruksional dengan jantina dan ujian anova satu hala menunjuk tidak terdapat pebezaan yang signifikanantara status jawatan dengan kepimpinan instruksional. Dapatan kajian ini,menunjukkan bahawa pensyarah KKTM mempunyai pengetahuan dan kemahiranyang baik dalam kepimpinan instruksional dalam pengajaran dan pembelajaran. Y1 - 2014/// A1 - AHMAD FAUZI BIN AHMAD, M1 - working_paper AV - public TI - KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DALAM PENINGKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DALAM KALANGAN PENSYARAH ER -