%K Persekitaran Organisasi, Perkongsian Pengetahuan, Pembangunan Organisasi %I Institut Aminuddin Baki %D 2012 %X Kajian tinjauan ini secara empirikalnya bertujuan untuk menentukan sejauh mana persekitaran organisasi boleh memberi kesan terhadap perkongsian pengetahuan dan seterusnya mempengaruhi pembangunan dan perkembangan organisasi. Persekitaran organisasi merujuk kepada budaya organisasi dan peranan pemimpin atau pun ketua dalam organisasi. Populasi kajian merupakan kumpulan tenaga pengajar di Institut Kemahiran MARA (IKM) Johor Bahru. Seramai 100 responden telah di pilih melalui kedah persampelan rawak mudah dan soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kajian telah di analisis menggunakan kaedah Analisis Korelasi Pearson dan Regreasi Berganda Linear. Hasil analisis kajian menunjukkan tahap perkongsian pengetahuan dalam kalangan tenaga pengajar IKM Johor Bahru adalah tinggi (min=0.391). Terdapatnya hubungan antara faktor persekitaran organisasi (faktor budaya=0.644 dan peranan pemimpin=0.577) dengan perkongsian pengetahuan responden. Faktor persekitaran organisasi (faktor budaya dan peranan pemimpin) didapati telah menyumbang sebanyak 70% kepada perkongsian pengetahuan dalam kalangan tenaga pengajar IKM manakala faktor budaya organisasi pula merupakan faktor yang paling dominan mempengaruhi perkongsian pengetahuan (Beta=-0.247). Hasil kajian ini di harap dapat menyumbangkan satu lagi kerangka baru dalam model kelakuan dan pembangunan organisasi. %A Isa Khairunesa %J Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan %P 1-15 %N 02 %T IMPAK PERSEKITARAN ORGANISASI TERHADAP PERKONGSIAN PENGETAHUAN DALAM PEMBANGUNAN LESTARI ORGANISASI %V 24 %L iab_repo104