eprintid: 105 rev_number: 11 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/01/05 datestamp: 2013-03-11 03:27:05 lastmod: 2013-03-11 03:27:05 status_changed: 2013-03-11 03:27:05 type: article metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: Ahmad Masrizal , Muhammad creators_name: Jainabee L.S. , Md. Kassim corp_creators: Institut Aminuddin Baki title: AMALAN DAN ELEMEN KEPIMPINAN STRATEGIK DALAM KALANGAN PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DI MALAYSIA YANG MENYUMBANG KEPADA KELESTARIAN KECEMERLANGAN AKADEMIK SEKOLAH ispublished: pub subjects: LB1603 full_text_status: public keywords: Kepimpinan, Kepimpinan Strategik,Pemimpin Sekolah, Pengetua, Guru Besar, Sekolah Berasrama Penuh, abstract: Kepimpinan pendidikan dalam kalangan pengetua sekarang ini menjadi semakin kompleks akibat daripada perubahan yang berlaku secara global dan glokal. Keadaaan ini memerlukan kemahiran pengetua mengemudi sekolah masing-masing dengan amalan yang bersifat ebih kontemporari seperti kepimpinan strategik. Justeru itu, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk meninjau keupayaan pengetua di semua Sekolah Berasrama Penuh(SBP)seluruh negara memimpin dan mengurus sekolah mereka secara strategik. Kaedah tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen kajian dan analisis dokumen telah digunakan dalam usaha mencari jawapan terhadap persoalan-persoalan kajian yang diutarakan. Seramai 541 responden yang terdiri daripada kelompok penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia telah terlibat. Secara umumnya, didapati bahawa pengetua SBP telah berjaya menonjolkan diri mereka sebagai pemimpin yang strategik pada kedudukan yang baik. Lebih khusus, pengetua SBP juga telah menyerlah dengan baik dalam dimensi pengurusan organisasi dan ditaraf sebagai pemimpin sekolah yang mempunyai karektor diri yang tinggi. Dapatan kajian juga selanjutnya mendapati, terdapat lima elemen dalam amalan kepimpinan strategik telah menjadi penyumbang terhadap kelestarian kecemerlangan akademik sekolah. Oleh itu, amalan kepimpinan strategik sebagaimana diamalkan oleh pengetua SBP merupakan satu alternatif yang boleh diaplikasikan oleh pengetua sekolah yang lain dalam usaha mereka meningkatkan kualiti kepimpinan dan prestasi sekolah masing-masing. Adalah diharapkan amalan kepimpinan strategik ini dapat menjadi alternatif dan menghasilkan keyakinan kepada pengetua sekolah untuk mengamalkan pendekatan kepimpinan strategik. date: 2012-12-01 date_type: published publication: Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan volume: 24 number: 02 publisher: Institut Aminuddin Baki pagerange: 17-30 refereed: TRUE issn: 1511-4147 citation: Ahmad Masrizal , Muhammad and Jainabee L.S. , Md. Kassim (2012) AMALAN DAN ELEMEN KEPIMPINAN STRATEGIK DALAM KALANGAN PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DI MALAYSIA YANG MENYUMBANG KEPADA KELESTARIAN KECEMERLANGAN AKADEMIK SEKOLAH. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 24 (02). pp. 17-30. ISSN 1511-4147 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/105/1/AMALAN_DAN_ELEMEN_KEPIMPINAN_STRATEGIK_DALAM_KALANGAN_PENGETUA_SEKOLAH_BERASRAMA.pdf