%J Management Research Journal Vol. 8, No. 1 (2018), 222 - 232 %D 2018 %T Hubungan Pengetahuan Pengurusan dengan Kemahiran Pengurusan Ketua Panitia Sekolah-Sekolah Menengah %X Kajian deskriptif ini bertujuan menentukan hubungan antarapengetahuan pengurusandengan kemahiran pengurusan Ketua Panitia Sekolah Menengah.Seramai 213 orang ketua panitia di sepuluh buah sekolah menengah telah dijadikan responden kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina bagi menenetukan hubungan pengetahuan pengurusan dan kemahiran pengurusan. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan pengurusan (M=4.34, SD=0.33), kemahiran merancang (M=4.28, SD=0.38), kemahiran mengelola (M=4.02, SD=0.47), kemahiran memimpin (M=3.85, SD=0.55) dan kemahiran mengawal (M=3.79, SD=0.62) Ketua Panitia sekolah menengah berada pada tahap tinggi. Manakala korelasi antara Pengetahuan pengurusan dengan kemahiran merancang (r=0.66, p<0.05), kemahiran mengelola (r=0.43, p<0.05), kemahiran memimpin (r=0.32, p<0.05) dan kemahiran mengawal(r=0.36, p<0.05).Berdasarkan kepada dapatan kajian, adalah dicadangkan kursus-kursus dalam latihan mengambil kira pendedahan dan pengalaman kepimpinan ketua panitia agar dapat meningkatkan profesionalisme pengurusan mereka. %A Jamal @ Nordin Yunus %A Maziana Murad %L iab_repo1059