TY - JOUR Y1 - 2005/12// N2 - Tujuan kajian dijalankan ialah untuk meninjau persepsi pensyarah terhadap penerapan kemahiran komunikasi menerusi kokurikulum di politeknik-politeknik Malaysia. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjau sampel yang melibatkan 291 orang pensyarah kokurikulum politeknik dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan para responden memberi maklum balas positif terhadap penerapan kemahiran komunikasi menerusi kokurikulum di politeknik-politeknik. Didapati juga, secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan responden berlainan jantina dan jenis kokurikulum terhadap penerapan kemahiran komunikasi menerusi kokurikulum di politeknik. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan responden berlainan jenis kokurikulum terhadap penerapan beberapa kemahiran komunikasi menerusi kokurikulum. Kemahiran tersebut ialah menyampaikan maklumat dengan tepat, mentafsir lambang dan simbol dengan betul. Kajian ini menunjukkan bahawa kokurikulum dapat membantu membina kemahiran komunikasi di kalangan pelajar politeknik-politeknik di Malaysia. A1 - ESA, AHMAD A1 - MOHD. YUNUS, PROF. MADYA DR. JAILANI A1 - KAPRAWI, PROF. MADYA DR. NORAINI UR - https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/penyelidikan/1360-jurnal7/file ID - iab_repo1061 JF - Jurnal PENYELIDIKAN PENDIDIKAN TI - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI MENERUSI KOKURIKULUM DI POLITEKNIK. AV - public ER -