%I Institut Aminuddin Baki %K amalan, pengurusan, sekolah berkesan, pentadbir sekolah, Sekolah Rendah Agama Integrasi %A Abdul Wahab Jamalullail %A Salamun @ Mohamed Nor’Azlin %A Mustapa Ameer Hazim %A Ismail Fairous %A Md Rafik Md Fuad %X Kajian yang dilakukan secara tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji tahap amalan pengurusan ciri-ciri sekolah berkesan dalam kalangan pentadbir di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di Negeri Selangor menurut perspektif guru. Seramai 175 orang guru dipilih sebagai sampel kajian melalui persampelan rawak mudah untuk melihat amalan pengurusan ciri-ciri sekolah berkesan dalam kalangan pentadbir melalui soal selidik sekolah berkesan. Analisis data secara deskriptif mendapati tahap amalan pengurusan ciri-ciri sekolah berkesan dalam kalangan pentadbir di SRAI adalah tinggi (nilai min = 3.72 dan sisihan piawai = 0.482) dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan pengurusan ciri-ciri sekolah berkesan dalam kalangan pentadbir berdasarkan lokasi sekolah. Amalan pengurusan ciri-ciri sekolah berkesan di sekolah masa kini memerlukan pengukuhan dan penambahbaikan berterusan agar keberkesanan sekolah dapat dilestari serta dilonjakkan bagi merealisasikan matlamat pendidikan negara. %D 2012 %P 31-43 %J Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan %L iab_repo107 %V 24 %T AMALAN PENGURUSAN SEKOLAH BERKESAN PENTADBIR SEKOLAH RENDAH AGAMA INTERGRASI NEGERI SELANGOR %N 02