TY - JOUR SN - 1511-4147 VL - 24 PB - Institut Aminuddin Baki N2 - Kajian ini mempunyai dua objektif (i) mengesan unsur atau ciri-ciri kepimpinan yang terdapat dalam novel Doa Insan Berkasih, (ii) mengenal pasti unsur-unsur kepimpinan yang boleh diaplikasikan oleh pemimpin sekolah. Sorotan literatur dilakukan untuk melihat kelompangan kajian berkaitan dengan kepimpinan berkualiti. Kebanyakan kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan kurangnya penggunaan kaedah kualitatif. Kajian dilakukan dengan kaedah kepustakaan atau kualitatif iaitu dengan merujuk novel Doa Insan Berkasih karya Aminah Mokhtar dan buku-buku kepimpinan dan pengurusan. Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa banyak karya sastera mempunyai unsur-unsur kepimpinan yang diselitkan dalam penulisannya. Justeru, pembaca dapat menilai dan mengaplikasikan unsur-unsur kepimpinan yang unggul dan berkesan dalam pengurusan sekolah, kepimpinan di tempat kerja dan dalam hidup bermasyarakat. Disarankan kajian-kajian akan datang lebih menjurus kepada novel-novel sejarah kerana di dalamnya banyak mengandungi unsur-unsur kepimpinan yang boleh diterapkan dalam kalangan para pentadbir dan pengurus. SP - 45 TI - KEPIMPINAN DAN KEUNGGULAN WANITA MENERUSI NOVEL DOA INSAN BERKASIH UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/108/ ID - iab_repo108 EP - 60 A1 - Mohd Nazri , Zainuddin Y1 - 2012/12/01/ IS - 02 KW - kepimpinan; keunggulan wanita AV - public JF - Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ER -