relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/11/ title: PENGURUSAN STRATEGIK: KONSEP DAN APLIKASINYA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN creator: Kamaruzaman , Moidunny subject: LB2300 Higher Education description: Kertas kerja ini membincangkan konsep pengurusan strategik yang boleh diaplikasikan dalam organisasi pendidikan. Pengurusan strategik yang ditunjangi oleh memformulasi strategi, pelaksanaan strategik dan penilaian strategik telah didefinisikan dengan memberikan contoh khusus dalam organisasi pendidikan. Memformulasi strategi didasari oleh misi, visi, objektif dan penjanaan strategi, hasil daripada pengimbasan luaran dan dalaman organisasi. Sementara itu, program, bajet dan prosedur yang spesifik akan membantu organisasi bertindak dalam arah yang ditentukan; dalam komponen pelaksanaan strategik. Manakala penilaian strategik pula merupakan suatu kemestian dalam mengukur sejauhmanakah organisasi berjaya mencapai tahap yang disasarkan. Dalam mengaplikasikan pengurusan strategik; pengetahuan, kemahiran dan komitmen perlu dititikberatkan sama ada di peringkat pengurus, pentadbir atau orang bawahan. Hal ini amat penting dalam mempastikan organisasi pendidikan yang tidak berfokuskan keuntungan, tetap relevan dan diperlukan oleh masyarakat. Sehubungan dengan itu, dalam kertas kerja ini, penulis mengemukakan satu contoh sebenar bagaimana seorang peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) 2010 mengaplikasikan konsep pengurusan strategik di sebuah organisasi pendidikan. publisher: HS Massyi Printing Sdn. Bhd. type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/11/1/Pengurusan_Strategik.pdf identifier: Kamaruzaman , Moidunny PENGURUSAN STRATEGIK: KONSEP DAN APLIKASINYA DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 21 (1). pp. 47-66. ISSN 1511-4147