@article{iab_repo113, title = {KAJIAN EKSPLORASI DISTRIBUTED LEADERSHIP DI MALAYSIA}, year = {2009}, journal = {Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009}, month = {July}, pages = {11--21}, author = {Abdul Halim Rosnarizah and Abdul Manaf Zulkifli}, publisher = {Institut Aminuddin Baki}, abstract = {Tren, kepimpinan pendidikan masa kini tidak lagi melihat pengetua memikul semua tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah. Tren kepimpinan kini bukan sekadar memberi fokus kepada keupayaan, kemahiran atau bakat individu tetapi lebih memberi tumpuan kepada bagaimana menghasilkan satu budaya kebertanggungjawaban sepunya dan perkongsian budaya pembelajaran serta membangunkan keupayaan kepimpinan sekolah (Harris, 2002). Senge et. al. (2005) dalam kajiannya menyatakan tren model kepimpinan kini beralih daripada struktur hirarki di mana pemimpin berada pada kedudukan teratas kepada kepimpinan yang lebih distributed. Kajian eksplorasi ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kewujudan 'distributed leadership' di sekolah-sekolah di Malaysia berdasarkan persepsi 270 responden. Analisis dibuat berdasarkan empat elemen utama dalam 'distributed leadership' iaitu 1) penetapan dan perkongsian misi, visi dan matlamat sekolah, 2) Budaya sekolah dari aspek kerjasama, kolaborasi dan Komuniti Pembangunan Profesional, 3) Perkongsian Tanggungjawab dan 4) Amalan Kepimpinan. Kajian ini mendapati secara purata 73.59\% responden menyatakan 'distributed leadership' dipraktikkan di sekolah mereka.}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/113/}, keywords = {trend kepimpinan, pemimpin sekolah, budaya pembelajaran, DISTRIBUTED LEADERSHIP} }