eprintid: 115 rev_number: 10 eprint_status: archive userid: 3 dir: disk0/00/00/01/15 datestamp: 2013-03-12 04:25:08 lastmod: 2013-03-12 04:25:08 status_changed: 2013-03-12 04:25:08 type: article metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: Mohd Sahandri Gani, Hamzah creators_name: Shaffe Mohd, Daud creators_name: Saifuddin Kumar, Abdullah corp_creators: Institut Aminuddin Baki title: KEPIMPINAN BERDENDAM : KEJELASAN VS KESAMARAN ispublished: pub subjects: LB1603 full_text_status: public keywords: pola kepimpinan, kepincangan kepimpinan, cross sectional checking, Key Performance Index, pengurusan pendidikan abstract: Kertas ini satu penerokaan dan penghuraian pola kepimpinan masa kini yang menjadi pengamatan dan perbualan dalam kalangan pemimpin bawahan. Fakta dan bukti yang terkumpul adalah satu proses kajian ethnographi mudah dalam beberapa kumpulan kepimpinan subordinat dalam barisan pengurusan pendidikan. Maklumat dikumpul tanpa disedari oleh responden melalui beberapa siri perbualan, sosialisasi dan asimilasi fakta dan hujah yang diketengahkan secara berulang-kali. Kebolehpercayaan dianalisis melalui "cross sectional checking" bagi mempiawaikan dapatan untuk dilaporkan. Pada keseluruhannya pemimpin ini mempunyai KPI (Key Performance Index) yang memenuhi tahap keperluan minimum. Kepimpinan berteraskan dendam sentiasa mencari kelemahan pemimpin sasar serta menonjolkan kesilapan kecil dengan ketara seperti yang digambarkan dalam kerangka konseptual kajian. Sehubungan itu mereka sentiasa menerima kumpulan penyokong baharu yang boleh mendokong matlamat seperti ketidakserasian, menindas, menidakkan hak orang lain, bertindak kasar, memberi tekanan, membenci, mengabaikan, menolak, memandang rendah, menyusahkan dan menyisih tanpa alasan. Suasana dan persekitaran kepimpinan ini menjadi lebih dominan sehingga mewujudkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan pegawai bawahan. lmplikasi amalan ini mewujudkan jurang interaksi dan persefahaman yang tidak sihat dengan pemimpin pelapis yang seharusnya menjadi pewaris kepada kepimpinan yang sedia ada. Situasi ini juga membuka ruang dan peluang kepada segolongan pemimpin baharu. Satu jawatankuasa khas untuk mengesan kepincangan kepimpinan secara profesional melalui mekanisme penilaian psikometri dan personaliti perlu dilaksanakan bagi menentukan kesinambungan dari segi amalan, keperibadian serta kecekapan dalam pengurusan kepimpinan. date: 2009-07-21 date_type: published publication: Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009 publisher: Institut Aminuddin Baki pagerange: 37-44 refereed: TRUE issn: 983-9479-17-2 citation: Mohd Sahandri Gani, Hamzah and Shaffe Mohd, Daud and Saifuddin Kumar, Abdullah (2009) KEPIMPINAN BERDENDAM : KEJELASAN VS KESAMARAN. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009. pp. 37-44. ISSN 983-9479-17-2 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/115/1/PROSIDING_SN_16_3.pdf.pdf