%0 Generic %9 Project Report %A Shuib, Saadiah. %F iab_repo:1164 %I Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Malaysia %K Professional Learning Community, Efikasi Kendiri Guru, Profesionalisme Guru, Standard Guru Malaysia, Sekolah Menengah, pengetua, penambahbaikan pembelajaran %T Pengaruh komuniti pembelajaran profesional (PLC) terhadap efikasi kendiri guru dan profesionalisme guru sekolah menengah di Negeri Selangor %U http://eprints.iab.edu.my/v2/1164/ %X Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh professional learning community (PLC) dengan efikasi kendiri (EK) dan profesionalisme guru (PG) di sekolah-sekolah menengah (SM) di Negeri Selangor, Malaysia. Kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini dilakukan menggunakan reka bentuk korelasi dengan soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen Professional Learning Community, Teacher Sense of Efficacy Scale dan Standard Guru Malaysia. Seramai 400 orang guru telah dipilih secara rawak strata berkadaran menggunakan pengelompokan mengikut 10 daerah yang terdapat di Negeri Selangor iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling Perdana, Petaling Utama, Sabak Bernam dan Sepang. Data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Hasil kajian menunjukkan bahawa professional learning community berada pada tahap tinggi (M=3.99, SD=0.48), efikasi kendiri (M=4.08, SD=0.49) dan profesionalisme guru (M=4.14, SD=0.46). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hubungan yang kuat antara professional learning community r (788)=0.620, p< .005) dengan efikasi kendiri guru. Manakala hubungan professional learning community r (481)=0.232, p< .005) dengan profesionalisme guru adalah pada tahap sederhana. Kajian juga menunjukkan hubungan yang kuat antara efikasi kendiri guru r (793)=.629, p<.005) dengan profesionalisme guru. Dapatan kajian juga menjelaskan kesepadanan model kajian yang dicadangkan dengan sampel yang dipilih adalah signifikan berdasarkan kesemua indeks yang diuji mencapai tahap yang ditetapkan. Kesimpulan dapatan kajian menunjukkan bahawa professional learning community mempunyai hubungan yang signifikan dengan efikasi kendiri dan profesionalisme guru. Kajian juga menunjukkan bahawa Professional learning community mempunyai pengaruh yang kuat terhadap efikasi kendiri guru (β=0.648, p<0.05) dan amalan profesionalisme guru (β=0.361, p<0.05). Ini menunjukkan bahawa ketiga- tiga pemboleh ubah ini saling berkaitan antara satu sama lain dan dianggap penting untuk dikaji dengan lebih mendalam lagi demi meningkatkan tahap profesionalisme guruguru ke tahap yang lebih tinggi. Implikasi kajian ini mencadangkan professional learning community diamalkan dan menjadi budaya di sekolah dalam meningkatkan profesionalisme keguruan