<> "The repository administrator has not yet configured an RDF license."^^ . <> . . "Hubungan antara kecerdasan emosi, kepimpinan instruksional Pengetua dan efikasi kendiri guru sekolah di Negeri Sembilan"^^ . "Pengetua dan guru merupakan penggerak utama dalam menjamin mutu kecemerlangan sekolah. Keupayaan pengetua mempengaruhi guru melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang bagi mencapai matlamat sekolah. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi dan kepimpinan instruksional pengetua dalam mempengaruhi efikasi kendiri guru. Kecerdasan emosi pemimpin sekolah pada masa kini sangat diperlukan memandangkan perubahan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan yang memerlukan sekolah dipimpin oleh pengetua yang mampu mengawal dan mengurus emosi dengan berkesan. Selain itu, pengetua perlu berperanan sebagai pemimpin instruksional untuk memotivasikan guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dilaksanakan dalam bilik darjah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 396 orang guru sekolah menengah kebangsaan. Tiga borang soal selidik (PIMRS, ECI-V2 dan TSES) digunakan sebagai instrumen utama bagi mengumpul data kajian. Seterusnya, data dianalisis berdasarkan statistik deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS dan AMOS-SEM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi, kepimpinan instruksional pengetua dan efikasi kendiri guru berada pada tahap yang tinggi secara keseluruhan serta bagi setiap dimensi yang diukur. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik bagi efikasi kendiri guru berdasarkan faktor jantina dan umur manakala bagi faktor pengalaman mengajar guru tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik diperolehi. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan secara statistik, positif dan sederhana kuat antara kecerdasan emosi pengetua dengan efikasi kendiri guru serta hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan efikasi kendiri guru. Sebaliknya, hubungan yang signifikan secara statistik, positif dan kuat diperolehi antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan instruksional pengetua. Peramal utama yang menggalakkan peningkatan efikasi kendiri guru adalah dimensi pengurusan kendiri (kecerdasan emosi pengetua) dan dimensi mengurus program instruksional (kepimpinan instruksional pengetua) manakala peramal utama kepada kepimpinan instruksional pengetua adalah dimensi pengurusan perhubungan (kecerdasan emosi). Di samping itu, hasil analisis SEM membuktikan bahawa demografi guru bukan merupakan moderator manakala kepimpinan instruksional pengetua merupakan mediator penuh kepada hubungan antara kecerdasan emosi pengetua dengan efikasi kendiri guru. Kajian ini juga berjaya membentuk model hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah yang terlibat. Kajian ini memberi implikasi berkaitan kepentingan menyediakan guru serta pemimpin sekolah dengan pengetahuan berkaitan aspek psikologi, personaliti, kemahiran dan membina perhubungan positif bersama ahli dalam organisasi untuk berhadapan dengan pelbagai pihak bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang serta membentuk budaya sekolah berkesan dan terbilang."^^ . . . "Institut Kepimpinan Pendidikan, Universiti Malaya"^^ . . . . . . . "Shafinaz."^^ . "A Maulod"^^ . "Shafinaz. A Maulod"^^ . . . . . . "Hubungan antara kecerdasan emosi, kepimpinan instruksional Pengetua dan efikasi kendiri guru sekolah di Negeri Sembilan (PDF)"^^ . . . "ABSTRAK 2nd BM - SHAFINAZ A. MAULOD.pdf"^^ . . . "Hubungan antara kecerdasan emosi, kepimpinan instruksional Pengetua dan efikasi kendiri guru sekolah di Negeri Sembilan (Other)"^^ . . . . . . "indexcodes.txt"^^ . . "HTML Summary of #1167 \n\nHubungan antara kecerdasan emosi, kepimpinan instruksional Pengetua dan efikasi kendiri guru sekolah di Negeri Sembilan\n\n" . "text/html" . . . "L Education (General)"@en . .