TY - GEN KW - personaliti kreatif KW - komitmen pengajaran KW - amalan operasi metakognisi KW - pengajaran kreatif KW - kemahiran hidup TI - Faktor personaliti kreatif, komitmen pengajaran, amalan operasi metakognisi dan pengajaran kreatif dalam kalangan guru kemahiran hidup AV - public UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/1168/ ID - iab_repo1168 PB - Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor, Malaysia N2 - Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan modal insan kreatif dan inovatif. Elemen penting dalam pendidikan yang perlu dan masih kurang diberi perhatian ialah pendidikan guru ke arah melahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Kajian ini dijalankan untuk menguji hubungan struktural antara faktor personaliti kreatif, komitmen pengajaran dan amalan operasi metakognisi dalam pengajaran dan amalan pengajaran kreatif dalam kalangan guru Kemahiran Hidup (KH) di sekolah menengah Semenanjung Malaysia. Kaedah kajian tinjauan rentas menggunakan soalselidik yang merangkumi faktor personaliti kreatif, komitmen pengajaran dan amalan operasi metakognisi dalam pengajaran dan amalan pengajaran kreatif dari perspektif guru digunakan. Seramai 521 orang guru KH dipilih secara persampelan kluster pelbagai peringkat. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis komponen prinsipal melalui perisian IBM SPSS Statistics 19 dan analisis faktor pengesahan (CFA) melalui perisian Analysis Moment of Structure (AMOS) versi 18 dengan pengujian model pengukuran (measurement model) berdasarkan data bagi menilai kebagusuaian padanan (goodness of fit). Teknik Model Persamaan Struktural (SEM) digunakan untuk menguji hubungan pembolehubah dalam pembentukan model. Dapatan kajian menunjukkan satu daripada elemen personaliti kreatif iaitu inovatif berada pada tahap yang tinggi. Manakala lima elemen personaliti kreatif iaitu spontan, dedikasi, tidak mudah berputus asa, kecindanan dan sukakan cabaran berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala komitmen pengajaran berada pada tahap yang sederhana tinggi dan amalan operasi metakognisi dalam pengajaran berada pada tahap sederhana rendah. Tahap amalan pengajaran kreatif yang tinggi juga didapati bagi empat elemen pengajaran kreatif iaitu merancang pengajaran dan pembelajaran, membimbing dan menjadi fasilitator, menaksir berterusan dan mengurus persekitaran pembelajaran. Analisis SEM mendapati dua elemen personaliti kreatif iaitu inovatif dan tidak mudah berputus asa mempunyai hubungan langsung dengan pengajaran kreatif. Manakala tiga elemen personaliti kreatif iaitu spontan, sukakan cabaran dan dedikasi mempunyai hubungan tidak langsung dengan pengajaran kreatif. Analisis menunjukkan elemen inovatif, tidak mudah berputus asa, komitmen pengajaran dan amalan operasi metakognisi dalam pengajaran merupakan faktor penyumbang yang signifikan terhadap amalan pengajaran kreatif dalam kalangan guru KH. A1 - Mohammad, Nazeri. ER -